
Saturday, September 19, 2009
Sunday, August 30, 2009
TAQWA ;TERLALU MUDAH UNTUK DISEBUT
Sedikit perkongsian daripada artikel yang saya temui untuk memahami sedikit sebanyak tentang taqwa. Untuk rujukan lengkap klik di sini :
TAKRIF TAQWA
Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa. Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar.Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Orang sudah lali dengan perkataan taqwa. Sesetengah orang menganggap perkataan taqwa itu sudah tidak ada erti apa-apa lagi kerana kebanyakan orang tidak faham.
Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak bertaqwa.Disebut Ittaqullah, ‘bertaqwalah kamu kepada Allah’,namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat kerana ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetapi walaupun selalu disebut, orang tidak faham. Ia tidak jadi ilmu, ia tidak jadi amalan dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati. Oleh itu macam mana hendak jadi orang yang bertaqwa.
Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan. Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan
meninggalkan apa yang dilarang. Bukan juga setakat meninggalkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu. Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat kepada Allah. Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan setakat menghadkan diri kepada yang halal sahaja dan bukan setakat menghadkan diri kepada yang haram sahaja.
Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa.Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar. Jalan untuk mendapatkan taqwa beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah semata-mata.Inilah kupasan dan kefahaman tentang taqwa yang dibawa oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran dan Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu tersangat dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan bahawa taqwa itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat keselamatan di dunia dan Akhirat. Maksud taqwa sebenarnya lebih dalam dan lebih luas dari itu. Taqwa adalah antara perkara yang terpokok dalam agama.
Orang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang atau orang menunaikan ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan, tidak semestinya berasaskan taqwa. Mereka taat mungkin kerana ada sebab-sebab lain. Mungkin mahu upah, mahu dipuji, mahu pengaruh atau untuk mengambil hati orang. Mereka meninggalkan apa yang dilarang pun mungkin ada sebab-sebab lain. Mungkin kerana mahu dihormati, mahu menjaga nama dan kedudukan, takut dihukum, takut orang mengata dan menghina atau takut dipulaukan orang.
TAKRIF
Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan bererti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau khasya.
Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti berikut:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)
Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu hendaklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan.
Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah taqwa.
Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan luas. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya. Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah erti taqwa. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat. Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah ‘hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’.
Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan disalahertikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilahistilah Islam, tidak terasa apa-apa. Contohnya ialah perkataan ‘khalwat’. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. Ia satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah diselewengkan dengan membawa erti ‘berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi’. Begitulah juga istilah ittaqullah ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkatnya telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.
Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaan Tuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru. Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil, benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya.
Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat sudah ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan. Sebab itulah dia dibantu dan dibela oleh Tuhan. Orang bertaqwa sahaja yang akan selamat di dunia dan di Akhirat. Wallahu a'lam.
Thursday, July 30, 2009
SISTERS IN ISLAM ; SESAT DAN MENYESATKAN
Tergerak hati saya untuk memberi sedikit komentar memandangkan pertubuhan ini terlampau berani mengeluarkan kenyataan yang jika saya sebut dalam bahasa kasarnya sesat dan menyesatkan masyarakat. Mungkin di sini adalah medan terbaik untuk menjawab agenda SIS yang memperjuangkan hak kesamarataan wanita di samping lelaki kerana SIS tampaknya bebas untuk berdakwah dalam negara kita. Adakah ISA tidak mampu untuk menangkap dan memenjarakan ketua SIS ini?
Sangka baiknya mungkin SIS terlampau jahil dengn Islam sehingga berani memaksudkan syariat Islam tidak adil dengan kaum wanita. Adakah SIS tidak tahu syariat Islam ini bukan datang daripada kepala dan pemikiran ulama’ tetapi Pencipta Yang Menciptakan SIS dan sekalian yang wujud di alam ini. Ibarat bos dengan pekerja. Jika pekerja tidak senang hati dengan bosnya boleh cari kerja lain (ayat orang yang dah bekerja) dan bahasa mudahnya jika SIS tidak puas hati dengan peraturan Allah silakan cari alam lain.
Tetapi benarkah dakwaan SIS Islam tidak adil dengan kaum wanita? Sebelum saya berbicara soal fitrah wanita dan lelaki, mari kita renung dan fikir sejenak makhluk Allah yang lain yang juga mempunyai jantan dan betina. Berkata Abu Hayyan Al Tauhidi dalam kitabnya Al Imta’ Wa Al Mua’nasah; laungkan bersamaku kebenaran firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Dan tidak seekor binatang pun yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu.” (Al An’am:38)
Mari kita perhatikan:
- Lelaki mempunyai gigi sebanyak 32 batang manakala wanita sebanyak 30 batang dan orang yang dikasi bilangannya sebanyak 30 batang.
- Telur yang membujur dan agak meruncing menetaskan ayam betina manakala telur yang membulat dan kurang meruncing menetaskan ayam jantan
- Burung betina jika ia tidak mengeramkan telur ia akan sakit
- Gagak betiana sentiasa berada di sarangnya sahaja, manakala gagak jantan datang kepadanya membawa makanan
- Anjing salji betina lebih panjang umurnya berbanding anjing salji jantan yang hanya mengjangkau sepuluh tahun. Anjing salji betina juga mudah dilatih.
- Burung kendi betina mengeluarkan telur sebanyak 15 biji. Manakala burung kendi jantan akan mengambil alih konon-konon untuk mengeram sambil mengguling-gulingkannya dan ini boleh merosakkan telur-telur tersebut dengan harapan burung betina tidak kembali mengeram. Oleh sebab itu, burung kendi betina sentiasa membuat helah untuk melarikan diri dan membuat sarang tersembunyi yang jauh daripada burung jantan. Setelah ia berjauhan ia akan berterbangan dan merancang untuk kembali kepada burung kendi jantan.
- Kura-kura betina tidak mahu menghampiri kura-kura jantan melainkan kura-kura jantan membawa ranting kayu di mulutnya barulah ia selesa bersama kura-kura jantan.
- Larva ulat sutera dapat mengesan bauan larva betinannya sejauh 12 kilometer.
Inilah hakikat alam yang perlu kita akui. Kajian saintifik oleh banyak saintis telah menemui kebenaran bahawa perbezaan yang ketara antara jantan dan betina, sedangkan Al Quran telah lama mengisyaratkan perbezaan ini. Berkaitan kekuatan jasad lahir lelaki, wanita sendiri telah mengakuinya seperti mana yang dirakam dalam surah Al Qasas ayat 26 mengenai nabi Musa a.s. Maksudnya:
“sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.
Perbezaan fungsi badan pula Al Quran telah menceritakan perihal wanita menyusukan anaknya, menjelaskan hukum-hukum haid dan tingkah laku sosial mereka seperti mana dalam surah Al Ahzab ayat 28. Mari kita perhatikan penemuan sains fitrah lelaki dan wanita.
- Berat bayi lelaki mengatasi bayi perempuan pada saat kelahiran sebanyak 5% dan berat ini semakin bertambah pada kadar 20% selepas 20 bulan
- Pada usia 14 tahun berat anak perempuan mengatasi lelaki. Namun, pada usia 16 tahun lelaki akan kembali mengatasi anak perempuan sehingga mencecah kadar 20% pada usia 20 tahun.
- Aspek ketinggian pula, ketika lahir nisbah ketinggian bayi lelaki mengatasi wanita pada kadar 2%, namun kadar ini berbeza pada usia antara 11 tahun hingga 14 tahun di mana wanita mengatasi nisbah tersebut.
- Kemudian kadar ketinggian wanita akan terhenti pada usia 17 tahun. Berbeza dengan lelaki yang berterusan sehingga berusia 20 tahun dan mengatasi ketinggian wanita pada kadar 10%.
- Aspek kekuatan otot, kekuatan genggaman bayi lelaki mengatasi bayi perempuan pada usia 7 hari pada kadar 10% dan ia terus bertambah ketika berusia 20 hari dengan peningkatan kadar kekuatan sebanyak 55%.
- Pada aspek kecergasan, bayi lelaki mengatasi bayi perempuan pada kekuatan pernafasan ataupun dari segi istilah sainsnya “daya hidup”. Daya hidup dikira berdasarkan kemampuan menampung kuantiti udara oleh paru-paru. Kajian membuktikan bayi lelaki menggunakan kuatiti oksigen yang lebih tinggi daripada bayi perempuan dan ini memastikan kelangsungan hidup yang lebih tinggi kerana oksigen merupakan sumber untuk menghasilkan tenaga kepada badan. Ibarat kereta memerlukan petrol ( isilah minyak kenderaan anda).
- Nisbah kelebihan daya hidup ini berterusan pada kadar 7% pada usia 6 tahun sehingga mencapai kadar 35% pada usia 20 tahun. Aspek perbezaan jiwa boleh rujuk buku lain antaranya “man from mars, woman from venus”.
Jadi, kepada pejuang SIS telah, adakah adil untuk kita membebani setiap satu dengan tugasan yang sama sedangkan telah nyata perbezaan lelaki dan wanita? Apabila diangkat darjat sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain, telah nyata kelakian dan kewanitaan itu tidak sama dan tidak adil untuk menyamaratakan lelaki dan wanita pada setiap sudut kehidupan. Maka bagi mereka peranan yang sesuai dengan kemampuannya sendiri. Keghairahan kita menuntut keadilan, kesamarataan dan pengabaian aspek jantina akan memangkin lagi kepincangan dalam masyarakat dan membuahkan kezaliman yang berterusan kerana adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
...kemanusian itu mempunyai dua sayap-lelaki dan wanita-jika salah satu sayap itu patah maka pincang dan tersungkurlah ia...Imam Al Ghazali
Berhubung masalah faraid, saksi, wanita bekerja dan seumpamanya boleh rujuk fatwa semasa Dr. Yusuf al-Qardhawi tentang wanita. Bacaan lengkap boleh rujuk buku Syeikh Abdul Majid Subhi bertajuk “Kedudukan wanita dalam Islam”.

