Tuesday, January 4, 2011

Islam Jangan Hanya Dikurung dalam Hati


Masih segar dalam ingatan pesan naqib ketika usrah jata 2 tahun yang lepas.

“ Tak perlu semua berada dalam politik(PAS) tapi yang penting antum semua mesti bekerja untuk memenangkan perjuangan ISLAM”

“ soal kerjaya amat penting kerana boleh sahaja kerjaya menjadi penghalang untuk anda bergerak kerja dengan ISLAM”

Ternyata setelah 3 bulan bergraduasi, kata-kata tadi seperti menghambat diri mencari potensi untuk sama-sama berada di landasan yang betul. Kalau tidak silap Syeikh At Tahir pernah menyebut “Islam itu hebat. Tidak dapat memikulnya melainkan orang yang hebat”.  Aku malu Ya Allah.

PAS bukan sahaja perlukan ahli politik tetapi juga ahli akademik, pakar ekonomi, doktor dan pakar-pakar dalam segenap bidang untuk sama-sama memenangkan Islam. Selamanya politik adalah alat. Kadang-kadang timbul juga kehairanan dalam hati, mereka yang mendakwa faham dengan Islam tetapi tidak mahu kepada politik. Tidak mahu terlibat soal kedua tapi turut tidak menyokong malah lebih buruk lagi menjadi penyokong panaja kezaliman. Hujah yang tidak dapat diterima, wajib patuh  dan taat kepada pemerintah yang zalim walaupun mereka solat. 

Islam bukan hanya di hati tetapi perlu dibuktikan dengan amal atau bahasa mudahnya perbuatan. Islam bukan hanya di masjid tetapi tempatnya dalam segenap bidang sisi kehidupan. Tentu sekali dalam soal bernegara. Di era ini untuk memerintah negara tidak dapat tidak saluran yang boleh diterima pakai adalah menyertai politik kepartian. Belum masanya lagi kita mengangkat senjata.

Inilah channel yang sepatutnya kita optimumkan sebaik mungkin untuk memenangkan Islam. Asal berpolitik. Bab aqidah pun belum habis. Sedih. Kerana kefahaman dan aqidahlah yang menyebabkan kita diasak untuk terjun dalam bidang politik. Dengan kuasa politik di Kelantan sebagai contoh, alhamdulillah majlis ilmu dan dakwah boleh berjalan dengan rancak tanpa sekatan dalam lingkungan yang lebih luas. Poltik penuh muslihat. Ya betul. Itulah politik bukan Islam.



Sesungguhnya jalan untuk memenangkan Islam itu tidak semudah yang disangka…

Maktub

Maktub,
sudah tertulis
bahawa itulah janji Tuhanmu
pelayaran engkau begitu persis
bukankah sepatutnya haluanmu jitu
nun ke syurga yang satu.

Maktub,
aku malu sendiri
dengan dosa yang mengguris hitam
pekat dan kelam di hati
jangan kau salahkan malam
bukan juga diari
selamanya ia pilihanmu sendiri.

Maktub,
ajal,jodoh dan rezekimu
sudah tercatat kemas
di Luh Mahfuz
selamanya kau bisa berusaha dan berdoa
kerna itulah janji yang dilafaz
hanya musyrik ya hanya mereka
yang berputus asa.

Maktub
ku genggam tekad
menggalas janji baiah yang dilafaz
sejak roh bersatu dengan jasad
Kaulah Tuhanku
yang Maha Esa dan hanya satu

Maktub
buat yang mengerti
jika janji itu sudah pasti
aku pasrah menanti
terima kasih ya Rabbi
syukur padaMU.


~ mzFaTih ~
`Dhuha 04012011`

Thank You Allah







Sunday, January 2, 2011

Fasa Baru [20112010]

Alhamdulillah setelah lama 'membiarkan' blog PuTih-FiTrah kesepian, aku masih diberi peluang untuk membahagiakannya semula. Tema tahun ini adalah kasih sayang jadi istilah pun kena la romantik. Cewah. Mungkin bukan salah facebook tapi peranannya begitu besar memujuk minda dan perasaan aku daripada menulis. Cukup dengan beberapa kerat ayat atau 'kata-kata mustajab' maka sudah boleh dipost dalam wajahkitab. Bisanya lebih menyengat berbanding menulis blog. Lama kelamaan idea untuk menggoreng ayat semakin tumpul, maka jadilah blogku tidak bertuan untuk sekian waktu.

Tahun 2010 baru sahaja melabuhkan tirai, mengundang tetamu serba baru 2011. Sekali lagi terima kasih Ya Allah aku masih lagi diberikan nikmat Islam dan tuliskan namaku Ya Allah di Luh Mahfuz sebagai hambaMu yang mati dalam Islam dan keimanan dalam perjalanan masa ciptaanMu ini. Walaupun hakikatnya saat ini dan seterusnya telah tertulis dan waktu telah berakhir dalam pandanganNya.

Sesuai dengan tahun baru, aku telah menukar template blog PuTih FiTrah dengan impian aku yang  mungkin tercapai atau tidak. Dia lebih mengetahui. Ramai yang tidak tahu bahawa cita-cita aku sejak kecil adalah menjadi saintis.Huhu. Apabila bercerita tentang cita-cita aku banyak berahsia. Im a bit hypocrite. Tetapi setelah 4 tahun berada di landasan yang tepat sebagai pelajar jurusan bioteknologi, mungkin aku terpaksa menukar bidang kerjaya. Kegagalan semalam banyak mencorak keputusan hari ini dan aku perlukan lebih banyak warna untuk mencorak hari esok. Hujan semalam perlu bertukar menjadi pelangi.Terlalu pahit untuk dikenang 4 tahun yang berlalu. Semua ini telah tertulis. Maktub. Terima kasih Ya Allah untuk pengajaran ini.

Semoga tahun baru 2011 menjanjikan 1001 kejutan yang pastinya memerlukan 2010 usaha dan pencerahan mencari potensi diri sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini. Taklifan hamba ini terlalu berat kerana hamba perlu berfungsi dan berperanan mengikut manual dan protokol yang sudah terlulis dan tersedia oleh Pereka Alam ini. Manual itu sudah jelas tanpa bantahan apatah lagi cadangan yang bernas. Tugas hamba hanya patuh dan taat. Mudahkan tapi bukan senang. Selamat belayar semua dan untuk selamat patuh arahan Nakhoda anda Yang Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. Mudah-mudahan kita semua selamat berlabuh di pelabuhan akhirat. Perlu diingatkan juga jangan bawa turun barang-barang larangan. Jabatan KASTAM akan menghisab anda sebelum dapat bersantai di kediaman abadi sama ada syurga atau neraka. Moga tahun ini kita memilih SYURGA. Amin.

Total Pageviews

free counters
Powered By Blogger