Friday, January 15, 2010

MASA SIFAR; DUNIA YANG TELAH DIPROGRAM

Alhamdulillah berjaya gak aku mengupdate blog ni untuk sekian kalinya. Dunia blog agak tersisih sejak facebook @ mukabuku bak kata insan tertentu, muncul. Ntah yang pasti berita terbaru aku dengar friendster dah bankrap. Dunia yang penuh dengan peluang dan ruang ini tidak selamanya kekal. Maka setidak-tidaknya dalam ruangan ini aku mampu memberi dan menjadi bekal untuk ke Sana Yang Kekal Abadi.

Mungkin tajuk Dunia Matriks telah dibincangkan dengan baik dalam solusi ke 9@10,lupa. Tetapi entri kali ni aku nak bawa pula pandangan insan genius daripada Turki yang turut berkait dengan dunia matriks. Sape2 yang tak faham apa itu matriks sila tonton dulu sequel ini da 3 siri semua.

Cuba kita renung petikan seorang saintis terkemuka : Francois Jacob, seorang intelektual terkenal dan profesor Kehormat Nobel di dalam bidang genetik, telah mengeluarkan kenyataan berikut di dalam bukunya Le Jeu des Possibles (The Possible and The Actual):


All events that seem to have taken place in the past, or which will take place in the future, or are taking place in the present, have actually already taken place and ended in the sight of God, Who is not bound by time or place. In the same manner, eternity has also been experienced and ended in the sight of God. Just like the concurrent existence of the shots in a reel of film.


Dalam bahasa mudah, sebenarnya kita hidup dalam sebuah dunia yang telah diprogram oleh Maha Pencipta Maha Perkasa. Tamsilan kedua untuk memahami premis di atas, ambil contoh kita menonton cerita dalam keadaan berbeza, tv dan laptop. Masa sifar boleh dibuktikan apabila kita mampu mempercepat dan perlahankan masa cerita dalam laptop atau terus kepada ending cerita tadi. Berbeza dengan menonton tv kita terpaksa menunggu masa berlalu dan sabar dengan iklan untuk mengetahui jalan @ ending cerita.

Hakikatnya, dunia yang kita alami sekarang ini adalah cerita yang ditayangkan menggunakan perisian pemain video dalam laptop. Setiap yang berlaku telah diprogramkan dan diketahui hujung ceritanya. Inilah hakikat takdir jika kita “mampu buktikan” daripada perspektif akal. Betulkan kalau tersilap fahaman. Bezanya perwatakan kita dalam lakonan tadi adalah pilihan sendiri sama ada ingin menjadi hero atau khalifah atau sekadar penjahat jalanan.

Petikan di bawah agak berat untuk dihadam,fahami betul-betul dengan cara yang betul. Memandangkan masa mengandungi persepsi, ia bergantung sepenuhnya ke atas penerima dan ia adalah relatif. Contohnya semasa melayan facebook dan chatting ngan kawan2 rasa cam sekejap je berbanding mendengar kuliah walaupun detik masa adalah sama.

Contoh ini membuktikan bahawa maklumat yang kita miliki tentang kadar berlalunya masa adalah berdasarkan kepada rujukan-rujukan relatif. Perhatikan firman Allah Tuhan Sekalian Alam;


“...sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung” (Surah al-Hajj: 47)


Adalah tidak mustahil untuk melihat bukti-bukti saintifik bahawa masa adalah sebuah persepsi psikologi yang bergantung kepada peristiwa, latar, dan keadaan di dalam banyak ayat-ayat Al-Qur'an. Misalnya, hidup manusia ini adalah sementara seperti yang disebutkan oleh Al-Qur'an:


“(Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaan-Nya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar.” (surah Al-Isra:52)


“Dan (Ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima alasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia.” (surah Yunus:45)




Di dalam beberapa ayat telah dijelaskan bahawa manusia menerima masa secara berbeza dan kadang kala manusia menerima satu jangka masa yang sangat pendek atau sangat panjang. Perbualan manusia berikut yang berlangsung ketika hari perhitungan di Akhirat merupakan sebuah contoh yang baik:


“Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab: kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).” (surah Al-Mukmunun:112-114)




Di dalam ayat yang lain pula Allah menjelaskan bahawa masa dapat berjalan pada jarak yang berbeza di dalam tempat-tempat yang berbeza:


“Dan mereka meminta kepada kamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya; dan (katakanlah kepada mereka): Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.” (surah Al-Hajj:47)


“Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan jibril ke pusat pemerintahan-Nya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing -masing terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah ) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).” (surah Maarij:4)


“Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya pada suatu masa yang bilangannya seribu tahun menurut hitungan masa kamu yang biasa” (Surah as-Sajdah: 5)




Semua ayat-ayat ini menerangkan ekspresi relativiti masa. Kenyatan bahawa natijah ini hanya dapat difahami oleh sains baru-baru ini di dalam abab ke-21, telah disampaikan kepada manusia 1400 tahun dahulu oleh Al-Qur'an, merupakan tanda bahawa Al-Qur'an telah diturunkan oleh Allah, Yang menguasai seluruh MASA dan RUANG.


Situasi yang dijelaskan di dalam ayat di bawah juga membuktikan bahawa masa sebenarnya adalah sebuah persepsi psikologi:


“Atau (tidakkah engaku pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri telah runtuh segala bengunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? "lalu ia dimatihidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "berapa lama engkau tinggal (di sinikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah ? "Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman: "(tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatilah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebgai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian kami menyalutnya dengan daging". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (surah Al-Baqarah: 259)


Ini adalah intipati sebenar konsep takdir- sebuah kosep yang tidak dapat difahami dengan baik oleh ramai orang, terutamanya para materialis yang menafikannya. Takdir ialah pengetahuan sempurna Allah terhadap semua kejadian-kejadian silam atau masa hadapan. Sebahagian manusia mempersoalkan bagaimana Allah dapat mengetahui peristiwa-peristiwa yang belum berlaku dan ini menyebabkan mereka gagal untuk memahami kebenaran takdir ini. Bagaimanapun, "peristiwa-peristiwa yang belum berlaku" belum berlaku kepada kita. Allah tidak tertakluk kepada masa atau ruang kerana Dia sendiri yang menjadikannya.Oleh sebab itu, masa silam, masa hadapan dan masa kini tidak ada bezanya kepada Allah; bagi-Nya segalanya telah berlaku dan telah tamat.


Time is a concept totally dependent on the perceiver. A certain period of time

can seem long to one person while it seems very short to another. To understand

who is right, various devices such as a clock or a calendar are needed.

Without these, it is impossible to make a precise reckoning about time.




“Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh)” (surah Al-Haaqah:16)


“Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk.” (surah Al-Insan:12-13)


“Dan mereka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya.” (surah An-Nazi'at:36)


“Maka pada hari itu, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.” (surah Mutaffifiin:34)


“Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.” (surah Al-Kahfi:53)


Seperti yang dapat dilihat, peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas kematian kita (mengikut kaca mata kita ) telah dijelaskan seolah-olah ia telah pun berlaku dan telah berlalu di dalam Al-Qur'an. Allah tidak tertakluk oleh lingkungan masa yang relatif yang kita dikhususkan di dalamnya.

Allah telah menjadikan semuanya di dalam keadaan masa sifar: manusia telah melakukannya dan semua peristiwa telah berjalan dan telah pun tamat. Telah dinyatakan di dalam ayat di bawah bahawa setiap peristiwa, sama ada yang besar atau yang kecil berada di dalam pengetahuan Allah dan telah dirakamkan di dalam sebuah kitab:


“Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Qur'an dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata.” (surah Yunus:61)

Untungnya orang yang beriman.

MengetahuI rahsia ini adalah seperti memperolehi sesuatu yang paling hebat di dunia. Lebih hebat berada di pentas konvokesyen. Itulah hakikat takdir apabila detiknya belum tiba usaha perlu diteruskan dan menyerah diri sepenuhnya kepada Tuan Pengarah selaku MAHA PENCIPTA.


Sumber rujukan: Relativiti Masa dan Hakikat Takdir

Penulis : Harun Yahya

Total Pageviews

free counters
Powered By Blogger