Tergerak hati saya untuk memberi sedikit komentar memandangkan pertubuhan ini terlampau berani mengeluarkan kenyataan yang jika saya sebut dalam bahasa kasarnya sesat dan menyesatkan masyarakat. Mungkin di sini adalah medan terbaik untuk menjawab agenda SIS yang memperjuangkan hak kesamarataan wanita di samping lelaki kerana SIS tampaknya bebas untuk berdakwah dalam negara kita. Adakah ISA tidak mampu untuk menangkap dan memenjarakan ketua SIS ini?
Sangka baiknya mungkin SIS terlampau jahil dengn Islam sehingga berani memaksudkan syariat Islam tidak adil dengan kaum wanita. Adakah SIS tidak tahu syariat Islam ini bukan datang daripada kepala dan pemikiran ulama’ tetapi Pencipta Yang Menciptakan SIS dan sekalian yang wujud di alam ini. Ibarat bos dengan pekerja. Jika pekerja tidak senang hati dengan bosnya boleh cari kerja lain (ayat orang yang dah bekerja) dan bahasa mudahnya jika SIS tidak puas hati dengan peraturan Allah silakan cari alam lain.
Tetapi benarkah dakwaan SIS Islam tidak adil dengan kaum wanita? Sebelum saya berbicara soal fitrah wanita dan lelaki, mari kita renung dan fikir sejenak makhluk Allah yang lain yang juga mempunyai jantan dan betina. Berkata Abu Hayyan Al Tauhidi dalam kitabnya Al Imta’ Wa Al Mua’nasah; laungkan bersamaku kebenaran firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Dan tidak seekor binatang pun yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu.” (Al An’am:38)
Mari kita perhatikan:
- Lelaki mempunyai gigi sebanyak 32 batang manakala wanita sebanyak 30 batang dan orang yang dikasi bilangannya sebanyak 30 batang.
- Telur yang membujur dan agak meruncing menetaskan ayam betina manakala telur yang membulat dan kurang meruncing menetaskan ayam jantan
- Burung betina jika ia tidak mengeramkan telur ia akan sakit
- Gagak betiana sentiasa berada di sarangnya sahaja, manakala gagak jantan datang kepadanya membawa makanan
- Anjing salji betina lebih panjang umurnya berbanding anjing salji jantan yang hanya mengjangkau sepuluh tahun. Anjing salji betina juga mudah dilatih.
- Burung kendi betina mengeluarkan telur sebanyak 15 biji. Manakala burung kendi jantan akan mengambil alih konon-konon untuk mengeram sambil mengguling-gulingkannya dan ini boleh merosakkan telur-telur tersebut dengan harapan burung betina tidak kembali mengeram. Oleh sebab itu, burung kendi betina sentiasa membuat helah untuk melarikan diri dan membuat sarang tersembunyi yang jauh daripada burung jantan. Setelah ia berjauhan ia akan berterbangan dan merancang untuk kembali kepada burung kendi jantan.
- Kura-kura betina tidak mahu menghampiri kura-kura jantan melainkan kura-kura jantan membawa ranting kayu di mulutnya barulah ia selesa bersama kura-kura jantan.
- Larva ulat sutera dapat mengesan bauan larva betinannya sejauh 12 kilometer.
Inilah hakikat alam yang perlu kita akui. Kajian saintifik oleh banyak saintis telah menemui kebenaran bahawa perbezaan yang ketara antara jantan dan betina, sedangkan Al Quran telah lama mengisyaratkan perbezaan ini. Berkaitan kekuatan jasad lahir lelaki, wanita sendiri telah mengakuinya seperti mana yang dirakam dalam surah Al Qasas ayat 26 mengenai nabi Musa a.s. Maksudnya:
“sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.
Perbezaan fungsi badan pula Al Quran telah menceritakan perihal wanita menyusukan anaknya, menjelaskan hukum-hukum haid dan tingkah laku sosial mereka seperti mana dalam surah Al Ahzab ayat 28. Mari kita perhatikan penemuan sains fitrah lelaki dan wanita.
- Berat bayi lelaki mengatasi bayi perempuan pada saat kelahiran sebanyak 5% dan berat ini semakin bertambah pada kadar 20% selepas 20 bulan
- Pada usia 14 tahun berat anak perempuan mengatasi lelaki. Namun, pada usia 16 tahun lelaki akan kembali mengatasi anak perempuan sehingga mencecah kadar 20% pada usia 20 tahun.
- Aspek ketinggian pula, ketika lahir nisbah ketinggian bayi lelaki mengatasi wanita pada kadar 2%, namun kadar ini berbeza pada usia antara 11 tahun hingga 14 tahun di mana wanita mengatasi nisbah tersebut.
- Kemudian kadar ketinggian wanita akan terhenti pada usia 17 tahun. Berbeza dengan lelaki yang berterusan sehingga berusia 20 tahun dan mengatasi ketinggian wanita pada kadar 10%.
- Aspek kekuatan otot, kekuatan genggaman bayi lelaki mengatasi bayi perempuan pada usia 7 hari pada kadar 10% dan ia terus bertambah ketika berusia 20 hari dengan peningkatan kadar kekuatan sebanyak 55%.
- Pada aspek kecergasan, bayi lelaki mengatasi bayi perempuan pada kekuatan pernafasan ataupun dari segi istilah sainsnya “daya hidup”. Daya hidup dikira berdasarkan kemampuan menampung kuantiti udara oleh paru-paru. Kajian membuktikan bayi lelaki menggunakan kuatiti oksigen yang lebih tinggi daripada bayi perempuan dan ini memastikan kelangsungan hidup yang lebih tinggi kerana oksigen merupakan sumber untuk menghasilkan tenaga kepada badan. Ibarat kereta memerlukan petrol ( isilah minyak kenderaan anda).
- Nisbah kelebihan daya hidup ini berterusan pada kadar 7% pada usia 6 tahun sehingga mencapai kadar 35% pada usia 20 tahun. Aspek perbezaan jiwa boleh rujuk buku lain antaranya “man from mars, woman from venus”.
Jadi, kepada pejuang SIS telah, adakah adil untuk kita membebani setiap satu dengan tugasan yang sama sedangkan telah nyata perbezaan lelaki dan wanita? Apabila diangkat darjat sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain, telah nyata kelakian dan kewanitaan itu tidak sama dan tidak adil untuk menyamaratakan lelaki dan wanita pada setiap sudut kehidupan. Maka bagi mereka peranan yang sesuai dengan kemampuannya sendiri. Keghairahan kita menuntut keadilan, kesamarataan dan pengabaian aspek jantina akan memangkin lagi kepincangan dalam masyarakat dan membuahkan kezaliman yang berterusan kerana adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
...kemanusian itu mempunyai dua sayap-lelaki dan wanita-jika salah satu sayap itu patah maka pincang dan tersungkurlah ia...Imam Al Ghazali
Berhubung masalah faraid, saksi, wanita bekerja dan seumpamanya boleh rujuk fatwa semasa Dr. Yusuf al-Qardhawi tentang wanita. Bacaan lengkap boleh rujuk buku Syeikh Abdul Majid Subhi bertajuk “Kedudukan wanita dalam Islam”.
13 comments:
Saya setuju 100%. SIS bererti SISTERS SESAT!
Bagaimana pula seorang lelaki (bapa) yang pernah mengambil tahu dan tidak menyara dengan cara tidak memberi sebarang nafkah pada anak2nya yang sah setelah ditinggalkannya? Seorang perempuan iaitu ibu mereka harus bertungkus lumus bekerja supaya anak2nya tidak kebuluran & dapat pendidikan di sekolah. Tidakkah ibu tersebut seumpama lelaki????
Sementara hendak menunggu perbicaraan dari mahkamah syariah yang selalunya mengambil masa berbulan2 atau kadangkala bertahun, jikalau lelaki (bapa) anak2 tersebut tidak mengambil tahu dan tidak memberi sebarang nafkah pada anak2nya yang sah setelah ditinggalkannya dan jika perempuan (ibu) mereka tidak bertungkus lumus bekerja seperti lelaki, apa akan terjadi pada anak2 tersebut? Juga apakah yang akan terjadi pada anak2 tersebut jikalau lelaki (bapa) tidak dapat dikesan dan perempuan (ibu) tidak bertungkus lumus bekerja seperti lelaki untuk menyara anak2 tersebut?
Saya mempunyai pengalaman ini sendiri apabila saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana ibu saya bertungkus lumus kerja seperti seorang lelaki untuk membesarkan saya dan adik2 saya. Walaupun ibu saya sakit/demam, ibu saya tetap bekerja sedangkan bapa saya yang bagi saya seorang yang tidak bertanggungjawab dan dayus tidak mengambil tahu tentang nasib saya serta adik2 saya dan tidak memberi sebarang nafkah/perbelanjaan pada saya serta adik2. Berkenaan keluarga disebelah bapa saya, mereka tidak ingin masuk campur. Berkenaan mahkamah syariah pula, kena lantik peguam dimana ibu saya tidak mampu dan kes ini telah bertahun lamanya tertangguh! Ibu saya ibarat bapa (lelaki) dan ibu (perempuan)terhadap saya dan adik2 saya dan bapa saya pula ibarat perempuan yang hanya perlu memakai skirt & make up!!!!
Kesimpulannya disini, jangan hanya nak mempertikaikan oranglain jika anda sendiri tidak mempunyai pengalaman. Tengok, dengar dan bertanya! Seperti yang telah saya ceritakan diatas, tidakkah ibu saya berperanan seperti seorang lelaki dan bapa saya berperanan seperti seorang perempuan? Untuk pengetahuan semua, saya adalah anak sulung lelaki pada ibu saya dan pengalaman saya seperti yang telah saya ceritakan diatas telah banyak mengajar saya betapa hebatnya semangat kaum perempuan dan saya amat kagum dengan semangat ibu saya!
Terima kasih atas perkongsian saudara.penulisan disini tidak memaksudkan perbezaan tersebut pada kes saudara TAPI menjelaskan secara umum perbezaan lelaki dan perempuan BERDASARKAN hakikat penciptaan oleh Yang Maha Esa.
Kembali pada tajuk dan saya minta maaf kes saudara tidak boleh sama sekali dijadikan hujjah bahawa SIS adalah benar kerana banyak penyelewangan syariah oleh mereka semata2 hendak menyama ratakan hak lelaki dan perempuan.
Jika berbicara soal hukum perkara ini telah jelas.Moga urusan saudara dpermudahkan.
Apa pula hukum seorg ibu (perempuan) yg bekerja seperti lelaki untuk menyara anak2nya kerana bapa mereka (lelaki) tidak menyara anak2nya padahal dia mampu? Mahkamah syariah hanya mengambil mudah kes sebegini dengan cara melengah2kan kes sebegini! Sementara kes ini dilengah2kan, apa anak2nya nak makan/belanja jikalau ibunya tidak membanting tulang seperti lelaki? Siapa yg akan membela nasib2 kaum perempuan yg sebegini? ANDA????
Kepada saudara "tanpa nama"... Saya turut bersimpati dengan pengalaman anda.. Mmg diakui, ibu anda seorang yang tabah dan kuat.. Dan tetapi. kita bercakap tentang SIS. Pergerakan ini telah cuba memporak-perandakan pemikiran kita semua... "Ini betul ke tak? Itu nampak mudah bagi aku, aku amek yang tu laa." Bukankah begitu?! "Kalau hukum cakap kita haram merokok, tapi nanti aku taubat laa." Pernah dengar?! Ini semua berkaitan hukum dan peraturan yang Allah sendiri dah tetapkan! Allah adalah Yang Maha Esa. Allah yang mengatur hidup kita. Allah yang telah sediakan bumi untuk kita semua berpijak. Nak degil juga lagi?! Hmmmm.. berkenaan dengan Mahkamah Syariah berkenaan, itu merupakan kekhilafan yang sering terjadi dalam sektor berkenaan. Baik anda refer kaunseling dari pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan bantuan yuran guaman dan sebagainya. Saya setuju dengan pandangan penulis yang mengatakan bahawa anda tidak boleh menyamakan keadaan ini dengan hal anda. Mungkin Allah ingin menguji kesabaran anda.. Semoga anda dapat rahmat jika anda teruskan bersabar. Allah itu adalah tempat kita bergantung harap. Kalau harapan itu tiada, hancur dan musnahlah kita di dunia ini.. Anda mahu bergantung pada siapa? Alam ini pown Allah yang punya. Kita hamba sajer. Insya-Allah.. Aku akan amalkan apa yang aku bgtau ni.. Amin,....
saya sangat setuju dengan en. redwed. kadang2 manusia membuat keputusan mengikut emosi terhadap pengalaman yang mereka lalui sampaikan kadang2 hukum Allah juga dipertikaikan. Masyaallah. Sesungguhnya apa yang Allah telah tetapkan itu adalah untuk kebaikan semua. Mungkin apa yang terjadi kepada en tidak bernama boleh dijadikan iktibar kepada kaum lelaki utk menjadi lelaki yang lebih baik tapi jangan disebabkan masalah tersebut sampai saudara sanggup menidakkan apa yang telah Allah tetapan sehingga boleh memesongkan akidah sebagai seorang muslim.nau'uzubillahiminzaliq
siti
pada pandangan saya, tidak kisahlah sama ada seorang ibu itu perlu membanting tulang membesarkan anak atau tidak, soalnya di sini ialah perbezaan lelaki dan perempuan. seorang ibu yang bekerja keras tetap seorang perempuan. kita tidak mengira perbezaan lelaki dan perempuan dengan membandingkan tanggungjawab. anak adalah tanggungjawab kedua ibu bapa. tidak kisah sama ada mereka perempuan atau lelaki. kepada anak lelaki sulung ibu itu, sebaiknya anda membalas jasa ibu anda dan bukan bertekak di sini tentang ibu anda sebagai lelaki dan sebagainya. say pasti ibu anda juga tidak pernah sama sekali mengharap anda menganggap dirinya sebagai lelaki. setiap manusia ada kelebihannya. biarlah kita melatakkan sesuatu pada tempatnya. saya sendiri tidak mengatakan apa yang wanita buat, lelaki tak boleh buat atau sebaliknya tetapi ada perkara di dunia ini, yang telah ditetapkan oleh yang maha esa hanya perempuan sahaja boleh melakukannya atau hanya lelaki sahaja boleh buat. sebab itu lelaki dan perempuan saling melengkapi dan jangan lupa juga dalam dunia ini ada pelbagai kisah. ada bapa tidak bertanggungjawab dan ada ibu tidak bertanggungjawab atau keduanya tidak bertanggungjawab. syukurlah kepada ALLAH kerana dengan rahmatnya ibu anda mahu bertanggungjawab. yang penting sekarang, balaslah jasa ibu dan bapa kita semasa mereka masih hidup....
SIS ini nampak benar menyimpang dari Islam itu sendiri. Memang benar ada perjuangan mereka yang murni objektifnya...seperti memperjuangkan hak wanita teraniaya.Tetapi, tujuan tidak menghalalkan cara. Mereka ini amat berpengaruh. Paksi perjuangan mereka terlalu liberal. Women's emancipation is their aim. Emancipation from what?who? Their streams of thoughts are predominantly western. Lihatlah sendiri ahli2nya. Rasa saya, hanya seorang yg mengenakan tudung. Mereka ini seolah-olah mempertikaikan fitrah wanita yg dicipta Allah.
Bagi saudara/i Anonymous,
saya sendiri pernah menjaga anak seorang diri selepas bercerai dgn suami. Tetapi saya akur, sekuat manapun saya, saya hanya seorang wanita yg haknya dipelihara Allah. Cuma manusia sahaja yg merosakkan implimentasi hukum Allah apabila diambil sambil lewa...
wallahu'alam
puteri
All in all...as for our children please regard them as an Amanah from ALLAH, divorce or not they are our priority. As I know at this age, I agree, totally that ALLAH will only give tests to those HE knows who can handle them be it divorce or "musibah". Btw I have been divorced since 1999 and now I see the children all grown up and with berkat from my parents, taking care of them since I am single again. I finally see the results, slowly. Patience is all it takes. As for my ex...well I “got rid of my cancer”, so to speak. But I can’t turn my back on the children back then, even now. Besides, ex-spouses who are irresponsible will not get away easily, ALLAH pays everything in CASH, if you know what I mean.
Back to the original topic let us see it this way, ALLAH made everything perfect, there is a moon and a sun, a male and a female, a night and a day..it can go on and on dear friends. Stick to your own gender don’t get it all mixed up already. Just because you need to do some manly chores or vice versa does not make you another gender. It sounds so meticulous if you need to measure up to everything and in the end you are not doing it as “ikhlas”
As Muslims we must have principles in life or else we would go astray and sounds like an "athiest"
Sorry if i have offended anyone through this piece of my mind
Aku setuju pandangan penulis.Rasulullah S.A.W pernah bersabda,'Kemiskinan itu menghampiri kekufuran'.janganlah hendaknya kesusahan yg diturunkan Tuhan kepada kita membuatkan kita mempersoalkan setiap ketetapan Tuhan.Igtlah..sesungguhnya Tuhan mu itu amat mengetahui apa yg kamu tidak ketahui.
Post a Comment