Alhamdulillah buat sekalian kalinya sejak balik ke Kelantan saya demam lagi.Itu tandanya Allah masih ingat dan sayang kepada hambaNYA yang hina ini. Alhamdulillah. Bukankah setiap kesakitan yang menimpa itu menjadi sebab untuk Allah menghapuskan dosa-dosa kita.Aduh nikmatnya sakit ni.
Bercerita bab demam menyimpan banyak memori. Ketika sekolah menengah agak kerap saya mendapat cuti percuma daripada doktor.Ini pun nikmat jugak kut.Tetapi yang jelas dalam ingatan selepas beralih ke zaman matrikulasi makhluk demam ini jarang menyapa lagi.Walaupun itu kali pertama saya merasai alam berasrama (baca betul-betul bukan asmara, dalam kamus hidupku tiada sejarah couple.biasala kalau xmacho dan xhandsome.isk2) dan kali pertama juga berat badan naik mendadak.Agak berisi kata orang.Sekarang nampak isi jak.huhu.Lagi satu makanan kat matrikulasi murah lebih-lebih lagi kalau kafeteria C sampaikan pelajar perempuan pun menumpang sama hendak membeli di situ.Leceh.
Cerita demam yang agak nostalgik berlaku kat universiti.Dari tahun dua makhluk demam datang berziarah agak kerap.Kerja keji terancang oleh rumate bersama geng-geng xkompeten menghebah sms palsu kepada kepada sahabat-sahabat kononnya saya demam panas dan mengidam mau makan sup.Alih-alih semangkuk bubur ayam bersama epal bertandang tiba-tiba ke bilik.Terima kasih kepada kakak muslimat yang baik hati.Panjang pulak bab demam ni. Skrip soalan pun masih banyak lagi belum diperiksa. Kita kembali kepada tajuk.
Bercerita bab demam menyimpan banyak memori. Ketika sekolah menengah agak kerap saya mendapat cuti percuma daripada doktor.Ini pun nikmat jugak kut.Tetapi yang jelas dalam ingatan selepas beralih ke zaman matrikulasi makhluk demam ini jarang menyapa lagi.Walaupun itu kali pertama saya merasai alam berasrama (baca betul-betul bukan asmara, dalam kamus hidupku tiada sejarah couple.biasala kalau xmacho dan xhandsome.isk2) dan kali pertama juga berat badan naik mendadak.Agak berisi kata orang.Sekarang nampak isi jak.huhu.Lagi satu makanan kat matrikulasi murah lebih-lebih lagi kalau kafeteria C sampaikan pelajar perempuan pun menumpang sama hendak membeli di situ.Leceh.
Cerita demam yang agak nostalgik berlaku kat universiti.Dari tahun dua makhluk demam datang berziarah agak kerap.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah. Seseorang lelaki berkata: Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda S.A.W. bersabda: Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan. (Riwayat Muslim). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan dan menghina orang lain. (Riwayat Muslim).
Memetik kata-kata para ulama’ bahawa orang yang enggan solat dengan sengaja sedangkan ia menyedari kewajibannya, mereka adalah orang-orang yang sombong. Ia berpijak di bumi yang Allah cipta, bernaung di bawah langit ciptaan Allah, bernafas dengan udara yang Allah bekalkan, berfikir dengan akal kurniaan Allah tetapi ia enggan rukuk dan sujud kepada Allah SWT.
Imam An-Nawawi rahimahullah memberi komentar tentang hadis ini, "Hadis ini berisi larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka dan menolak kebenaran". (Syarah Shahih Muslim 2/269).
Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata, "Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain". (Jami'ul Ulum Wal Hikam 2/275)
Raghib Al-Asfahani rahimahullah berkata, "Sombong adalah keadaan seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri, memandang dirinya lebih utama dari orang lain, kesombongan yang paling dahsyat adalah sombong kepada Rabbnya dengan cara menolak kebenaran (dari-Nya) dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan maupun dalam mentauhidkan-Nya.” (Umdatul Qari` 22/140).
Sesungguhnya jalan ke syurga telah jelas.Aturan, manual serta protokolnya sudah dimaklum oleh Allah selaku Yang Maha Pencipta. Umpama sebuah ujikaji yang telah lengkap, ikut sahaja protokolnya, insya Allah hasilnya adalah kejayaan.
Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan. (As Sajdah :19)
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (As Saff:10-11)
Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. (As Saff:12)
Gembiralah kerana rahsia ke syurga telah 'bocor'. Jalannya telah diketahui. Janganlah kita termasuk orang-orang yang sombong dan degil untuk memahami ayat Allah. Mahu atau pun tidak, kita sebenarnya sedang berjalan menuju negeri Akhirat. Hidup ini adalah umpama musafir. Suatu masa kita akan dijemput.
Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa dan bertaqwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal. (Al Baqarah:197)

No comments:
Post a Comment