Thursday, November 13, 2008

TATKALA HATIKU BERMONOLOG



Apakah motivasi yang paling berkesan dalam hidup ini? PASti kebanyakan daripada kita akan menjawab CINTA. Kalaulah betul, apakah bentuk cinta yang dapat memotivasikan kita. Adakah cinta biasa daripada seorang insan yang lemahnya selemah kita juga. Apakah keperluan sebenar jiwa kita sampaikan kita mendamba cinta hanya daripada insan jua. Aku teringat kepada kata-kata hikmah seorang pujangga:

Whatever is to make us better and happy, God has placed either openly before us or close to us

Tidak dapat tidak, (la budda) kita mesti kembali kepada pengisian jiwa seorang hamba. Imam Al-Ghazali mentamsilkan manusia ini seperti penunggang dan kudanya. Apabila keduanya dipacu ke arah yang sama maka tenteramlah pemilik kuda itu. Wajib diketahui keduanya mempunyai keinginan yang berbeza. Sifat kuda yang ingin kebebasan, makan rumput dan mungkin kadang-kadang melawan perintah tuannya sedangkan penunggangnya mempunyai misi dan arah tuju yang lebih besar dari itu.

Begitulah juga kita (jiwa)berperang dengan tubuh (jasad) untuk menguasai dan membentuk kerajaan dalam badan kita. Jika jiwa mut’mainnah yang menang maka selamatlah kedua-duanya. Andai kata nafsu jahat yang menang sudah pasti kerajaannya penuh dengan penyelewangan dan maksiat kepada pemilik sebesar-sebesar kerajaan.(kerajaan maNO la kat Malaysia ni?)

Perumpamaan semudah ini rasanya sudah cukup menyedarkan kita bahawa mendirikan kerajaan yang baik adalah wajib di alam realiti mahu pun alam malakut atau bahasa paling mudah dalam diri setiap insan. Sesungguhnya bahasa Al-Quran itu penuh dengan perumpaan yang menakjubkan dan kadang-kadang terlepas pandang oleh kita walaupun benda-benda sekecil nyamuk. Rujuk surah Al-Baqarah ayat 26. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan “Iqra’.

Begitulah peri pentingnya kita mengembalikan semula Islam berada di puncak pemerintahan.Hanya Islam yang mempunyai formula kehidupan yang lengkap untuk kebahagian di dunia dan akhirat. Perhatikan dulu bait dbawah sebelum kita melangkah jauh:

Tegakkanlah Negara Islam di dalam diri kamu
nescaya ia akan tertegak di atas tanahair kamu.




Adakah negara Islam sudah tertegak dalam jiwa kita? Jiwa yang mentaati sepenuhnya fitrah penciptaan. Bagaimana kita mahu membentuk kerajaan jika diri sendiri pun kita belum kenal? Berikut adalah petikan tulisan al-Ghazali berkaitan mengenal diri yang diambil daripada kitab Munqidz Min Al-Dhalal: sekiranya engkau berkata, saya mengetahui diri saya, jika sekiranya engkau ketahui hanyalah tubuh bahagian luar yang meliputi tangan, kaki, kepala dan bentuk luar lainnya tanpa tahu apa yang ada dalam batinmu. Contohnya, apabila engkau marah akan menimbulkan permusuhan, apabila engkau syahwat akan menuntut pernikahan, apabila engkau lapar akan menuntut makanan, apabila haus akan mencari minuman. Sekiranya demikian halnya, BINATANG pun sama denganmu.

Alangkah malunya.

Pengetahuan diri yang sebenarnya meliputi persoalan: siapakah engkau? Dari mana engkau hidup dan akan ke mana? Untuk apa diciptakan? Rujuk surah Al Isra’ ayat 84. Apa yang menyebabkan kebahagiaan ataupun kedukaan? Langkah pertama menuju pengetahuan mengenai diri adalah menyedari diri terdiri dari dua bahagian: pertama jasad dan kedua adalah nafs atau jiwa.

Ya Allah, matikanlah kami dalam perjuangan untuk menegakkan agama-Mu. Islam itu sangat hebat Ya Allah tidak mampu kami memikulnya. Maka kuatkan kami Ya Allah. Tulislah di luh mahfuz Mu Ya Allah bahawa mati kami adalah mati syahid. Amin.

Every tomorrow has two handles. We can take hold of it with the handle of anxiety or the handle of faith.

1 comment:

Muslimin Agung said...

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah

"Ya Allah, matikanlah kami dalam perjuangan untuk menegakkan agama-Mu. Islam itu sangat hebat Ya Allah tidak mampu kami memikulnya. Maka kuatkan kami Ya Allah. Tulislah di luh mahfuz Mu Ya Allah bahawa mati kami adalah mati syahid." Amin....

Post a Comment


Total Pageviews

free counters
Powered By Blogger