Wednesday, February 16, 2011

Anak Saudara Isteri: Adakah Harus Bersalaman Dengannya?

Soalan; Salam,  seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita...apakah hukum bersalaman dengan anak saudara isterinya yang sudah baligh (perempuan) adakah dibolehkan dan kenapa? begitulah sebaliknya bagi pihak perempuan pula (isteri).syukran

Jawapan;

Anak saudara isteri tidak termasuk dalam senarai mahram muabbad (yakni orang-orang yang haram dikahwini oleh seorang lelaki buat selamanya). Oleh itu, statusnya sama seperti wanita ajnabi yang lain iaitu tidak boleh bersentuhan dengannya (termasuk bersalaman), berdua-duaannya dengannya, melihat auratnya dan menemaninya untuk bermusafir.

Ikatan mahram wujud dengan tiga sebab;
1. Kekeluargaan
2. Perkahwinan
3. Penyusuan

Bagi ikatan mahram dengan sebab perkahwinan, hanya empat orang sahaja yang terbabit;
1. Ibu mertua
2. Anak menantu (yakni isteri kepada anak lelaki).
3. Anak tiri
4. Ibu tiri (yakni isteri bapa)

Oleh kerana anak saudara isteri tidak tersenarai dalam senarai mahram kerana perkahwinan di atas, ia kekal sebagai wanita ajnabi dan tertakluk dengan hukum-hakam wanita ajnabi tadi. Di antara mereka berdua (yakni antara suami dan anak saudara isteri) halal perkahwinan jika berlaku perpisahan antara suami dan isteri terbabit itu sama ada kerana kematian atau berlaku penceraian putus (yakni penceraian yang tidak boleh dirujuk tanpa akad baru).

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami bersalaman dengan anak saudara isterinya (perempuan) yang telah baligh kerana di antara mereka berdua tidak ada ikatan mahram muabbad.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment


Total Pageviews

free counters
Powered By Blogger