Thursday, February 10, 2011

Politik Kenapa Skeptik!

Apabila berbicara soal politik seolah-olah ia subjek yang berasingan dengan Islam terlalu skeptik. Politik adalah kotor itulah alasan yang selalu diuar.Ya.Politik kotor kerana kita membiarkan mereka yang tidak faham Islam sebagai pencaturnya.Hak Islam berada di sana.

Seolah-olah politik hanya untuk orang politik bukan milik kita seorang Muslim.Tidak mahu terlibat dengan politik soal kedua tetapi menjahilkan diri dengan politik adalah binasa kepada kita.Mari kita renung sejenak firman Allah dalam surah Az Dzaariyaat ayat ke 56:

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Ayat ini terlalu luar biasa maknanya.Muslim tidak mampu untuk tidak peduli kepada politik. Politik itu adalah seni mengatur kehidupan manusia, dan ia adalah salah satu juzuk terpenting dalam agamanya, Islam.Memencilkan diri daripada politik bermaksud meninggalkan cabang besar amar makruf dan nahi mungkar.Itu juga ibadat.Tidak mungkin tanggungjawab ini terbiar, melainkan pasti ada dosa dan fitnah yang mengiringinya.Lupakah kita  dengan ayat Allah dalam surah Al Baqarah ayat ke 30:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."


Politik didefinisikan sebagai Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi (memelihara agama dan mengurus tadbirkan dunia dengan agama itu) di dalam kitab al-Ahkaam al-Sulthaniyyah adalah peraturan Allah kepada tamadun manusia. Kehidupan berperaturan, terpelihara di antara peranan dan hak masing-masing, adalah kehidupan yang mengangkat darjat manusia sebagai makhluk penghulu yang tinggi.

Bagaimana boleh kita mendakwa telah beribadat kepada Allah sedangkan peraturan Allah  tidak kita tegakkan di muka bumi ini.Muslim boleh mengambil sikap non partisan sebagai satu bentuk pendirian politiknya. Mereka melaksanakan urus tadbir kehidupan manusia melalui badan-badan NGO atau pertubuhan kebajikan, mengikut kebolehan dan peluang masing-masing. Tetapi Muslim tidak boleh mengambil sikap tidak mengambil peduli kepada politik hanya kerana tidak mahu peduli kepada parti.

Lupakah kita Muslim yang urusan pengebumian jasad Nabi mereka jatuh nombor dua selepas keutamaan diberikan kepada soal kepimpinan dan ketertiban hidup yang menjadi Sunnah itu.Latar belakang kehidupan yang sebegini, menjadi penjelasan yang paling terang lagi rasional mengapa para sahabat radhiyallaahu ‘anhum tidak bertangguh berkumpul di Tsaqifah Bani Sa’idah untuk mencari pemimpin menggantikan kekosongan posisi itu yang berlaku akibat kewafatan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, biar pun jasad baginda masih belum lagi dikebumikan.

Tatkala disebut tentang solat, semua orang mendengarnya tanpa rasa terganggu.Apabila dibicarakan tentang zakat, aman sahaja manusia berfikir mengenainya.Tetapi jika politik disebut, semua menjadi panik.Terlalu skeptik.

You may not be interested in politics, but politics are interested in you“.[Michael B. Coleman]

2 comments:

Abdi Ilahi said...

salam alaykk..
Politik..boleh huru hara bila memperkatakannya..politik selalu dikatakan kotor, namun sebenarnya orang yang menyalahgunakan politik itu yang mengotorkannya..semua sibuk memperkatakan hal-hal politik sehinggakan ada yang cuba mengasingkan politik dan agama..jika diimbas kembali sejarah politik Rasulullah saw dalam membuat Perjanjian Hudaibiyah, telah meletakkan dasar yang kukuh sekali dalam kebijaksanaan politik dan penyebaran Islam..dengan adanya Perjanjian Hudaibiyah, segala hubungan dengan Quraisy telah menjadi tenang sekali..
~moga 'gelombang hijau' dapat menyelamatkan Malaysia~
~ALLAH didahulukan, Islam diutamakan~

mzFaTih said...

~ALLAH didahulukan, Islam diutamakan~

Semoga entri daripada sari pati artikel ustaz hasrizal tentang politik ini membuka lembaran baru pada minda kita bahawa dalam politik ada HAK ISLAM di sana...

Post a Comment


Total Pageviews

free counters
Powered By Blogger