Thursday, December 25, 2008
OPEN SECRET
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” [al-Room 30: 41]
Wednesday, December 24, 2008
JANGAN BERSEDIH WAHAI TEMAN
Keputusan ujian semester 1 telah keluar. Rata-rata teman bertanya khabar dan yang ditanya khabar memberi jawapan yang menyedihkan."Result saya jatuh la bang, teruk".
Jangan sedih wahai teman, luka dalam pelajaran ada ubatnya seperti juga luka dalam berjuang. Jangan sedih wahai teman, banyak lagi sahabat kita yang gugur dan kecundang dalam akademik. Namun ternyata, mereka juga berjaya mencari makna sebuah kejayaan. Kejayaan itu amat subjektif. Anggaplah ini ujian atau pun peringatan dan teguran daripadaNya supaya kita bermuhasabah kembali.
Jangan sedih wahai teman, hatiku juga turut sama merasainya. Orang yang gagal itu bukannya gagal kerana gagal bangkit semula tetapi kegagalan itu tidak cukup lagi untuk membolehkannya sedar dan bangkit semula. Kesempurnaan ilmu bukan pada pointer, bangkitlah, ilmu Allah amat luas.
Singkaplah hikmah disebalik kejadian dan ujian yang menimpa kita. Jangan bersedih wahai teman, air mata itu kadang-kadang boleh mendamaikan jiwa yang resah.
Menangislah di hadapan Tuhanmu kerana hanya Dia sumber ketenangan. Menangislah di dalam solat kerana ia amat mendamaikan. Menangislah pada waktu malam bermunajat kepadaNya. Jawapan kesedihanmu adalah kebahagian selepas mati.
Jangan bersedih wahai teman, sesungguhnya engkau orang yang paling tinggi darjat disisiNya jika engkau benar-benar orang beriman. Senyumlah wahai teman, wajahmu nampak hambar dalam kesedihan.
Senyumlah wahai teman, ianya tanda ketabahan.
Senyumlah wahai teman, ianya tanda keimanan.
Senyumlah wahai teman, ianya sedekah paling mudah.
Wahai teman, janganlah gusar dengan kehidupan ini, sesungguhnya Allah sentiasa melihatmu dan yakinlah ujian yang diberi menandakanmu mendapat perhatian dan kasih sayang daripadaNYa. Bergembiralah teman dengan perhatianNya.

DERIA KEENAM
Akal fikiran dan perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap manusia merupakan satu keistimewaan yang membezakan antara manusia dengan makhluk ciptaan Nya yang lain. Akal fikiran dan perasaan ini pula dihiasi dengan naluri atau gerak hati sebagai pelengkap kejadian manusia itu sendiri. Seringkali manusia menggunakan naluri atau gerak hati ini dalam memandu mereka untuk membuat sesuatu keputusan mahupun sesuatu pertimbangan.
Amati peristiwa ini :
Affan mencapai sebiji epal dari dalam peti sejuk. Pada masa yang sama, dia terpandang semangkuk bubur kacang di sebelah mangkuk buah epal tersebut. Affan menutup kembali peti sejuk itu lalu beredar ke ruang tamu. Dia berselisih dengan isterinya yang sedang bergerak menuju ke ruang dapur sambil tersenyum manja. Ketika terpandang wajah si isteri, hatinya pantas berdetik, `kalaulah bubur kacang tu dipanaskan semula. dapat makan bubur kacang petang-petang macam ni pun bagus juga.'
Namun kata-kata itu tidak diluahkan kepada isterinya. Walau bagaimanapun, selang 15 minit kemudian, si isteri datang semula ke ruang tamu dan duduk di sebelahnya dengan membawa bersama semangkuk bubur kacang yang telah pun dipanaskan.
Apa sebenarnya?
Pada suatu ketika, kita terasa rindu pada seseorang, pada masa yang sama telefon berdering dan tanpa diduga, insan yang kita rindui itu berada di hujung talian - seolah-olah tahu kita sedang merinduinya!
Terdapat dua kemungkinan berlakunya fenomena seperti yang dinyatakan tadi. Kemungkinan pertama ia berlaku secara kebetulan dan tidak disengajakan. Kebetulan sahaja perlakuan antara dua individu itu seiring pada satu masa yang sama. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang cukup istimewa untuk dijadikan sebagai bahan untuk dianalisis.
Kemungkinan yang kedua juga merupakan satu kemungkinan yang tidak mustahil boleh berlaku. Ia dinamakan sebagai komunikasi gerak hati atau naluri. Naluri yang mendesak dalam hati seseorang itu adalah sesuatu yang unik dan ia bergantung kepada kuasa dalaman seseorang individu meneroka alam psychic. Kelebihan ini tidak semestinya dimiliki oleh setiap orang. Individu yang memilikinya juga tidak semestinya boleh menggunakan naluri mereka sesuka hati. Itulah yang disebut sebagai satu keunikan. Ia hadir hanya pada masa dan saat-saat tertentu sahaja.
Berbalik kepada kebolehan seseorang menguasai dan meneroka alam psychic, sesetengah manusia yang mampu mengawal naluri dan gerak hatinya dengan baik memungkinkan dia memiliki satu kuasa dalaman yang digelar sebagai `keistimewaan deria keenam'. Segalanya mungkin bermula daripada khayalan yang palsu dan terbawa-bawa ke alam nyata. Namun, anugerah Tuhan tidak sesekali mampu kita nafikan. Ada sesetengah individu yang sememangnya mampu meneroka alam psychic menerusi kelebihan naluri dan gerak hati yang dianugerahkan oleh Nya. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa, naluri atau gerak hati merupakan salah satu daripada keistimewaan deria keenam yang sememangnya dianugerahkan kepada manusia dengan tahap dan kemampuan yang berbeza-beza.
Antara naluri dan firasat.
Naluri dan firasat adalah sesuatu yang cukup berbeza. Naluri adalah gerak hati yang datang secara jujur dalam diri manusia itu sendiri. Firasat pula lebih cenderung kepada gerak hati yang lahir atas pertimbangan faktor-faktor luaran. Firasat mungkin datang daripada perasaan curiga, waspada dan lebih berbentuk ramalan.
Amati dua keadaan ini :
1. Affan tiba-tiba terasa hendak pulang ke kampungnya hari itu. Hatinya benar-benar ceria. Kerja di pejabat berjaya diselesaikan seperti yang diminta oleh majikannya. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hatinya begitu mendesak agar dia pulang menemui kedua ibu bapanya. Setibanya di kampung, dia ternampak bapanyanya duduk di muka pintu seolah-olah mengetahui yang dia akan pulang hari itu.
2. Sewaktu hendak pulang semula ke rumahnya, Affan mendapati bahawa keadaan keretanya tidak begitu memuaskan. Terdapat bunyi yang tidak menyenangkan keluar dari bahagian enjin. Hatinya mula berasa tidak selesa. Dia mula memikirkan kemungkinan-kemungkinan keretanya akan rosak di tengah jalan. Hatinya mendesak agar dia singgah terlebih dahulu ke mana-mana bengkel terdekat sebelum pulang ke rumahnya semula.
Dalam dua keadaan di atas, peristiwa (1) adalah perlakuan dan pertimbangan yang dibuat berdasarkan naluri dan gerak hati. Ia datang dari dalam diri Affan secara tulen dan tidak dipengaruhi oleh faktor luaran yang mendesak agar dia pulang ke kampungnya.
Peristiwa (2) pula adalah perlakuan dan pertimbangan yang dibuat berdasarkan firasat semata-mata. Kebenarannya belum terbukti kerana kereta tersebut belum tentu akan mengalami kerosakan di tengah jalan seperti yang diramalkan oleh Affan sendiri.
Naluri dan firasat adalah sesuatu yang amat berbeza dan seringkali mengelirukan. Keduanya bergerak selari dan hampir seiring. Namun nyata, naluri adalah deria keenam yang cukup istimewa sementara firasat hanya sekadar satu ramalan yang dipertimbangkan oleh akal dan perasaan.
Peliharalah naluri.
Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa naluri adalah satu anugerah yang suci dan bersih dalam diri setiap individu. Ia wajar dipelihara agar naluri itu sendiri tidak tercemar dengan firasat yang seringkali dianggap sebagai `pembunuh' kepada keistimewaan anugerah Tuhan itu. Naluri mendekatkan kita dengan Pencipta dan mendekatkan kita dengan kasih sayang. Keistimewaan ini dimiliki oleh semua orang tetapi pada tahap keupayaan yang berbeza-beza. Jadi, hargailah keistimewaan itu, manfaatkanlah ianya sebaik mungkin."

MAKHLUK ANEH 2
Minda atau otak merupakan sumber bagi banyak perkara. Otak manusia menjadi kekuatan fizik bagi perkembangan diri manusia secara keseluruhan. Penemuan yang amat menarik, perkembangan minda menunjukkan, sebelum fikiran rasional berfungsi khususnya pada Homo Sapiens (makhluk mamalia) fikiran emosional mengambil tempat untuk mereka beradaptasi dengan persekitaran luar. Sebelum manusia mampu berfikir secara rasional atau logik, mereka berfikir menggunakan perasaannya.
Sebenarnya keputusan-keputusan bijak yang dicetuskan oleh otak amat berkait rapat dengan fikiran rasional dan emosional-intuitif. Kerjasama dua bahagian ini akan menjamin hasil yang amat menakjubkan. Susunan emosi ini jika dikaji anatomi otak terletak pada sistem limbik yang memainkan peranan emosional manakala susunan rasional dikaitkan dengan serebrum. Boleh disimpulkan sebenarnya perasaan amat penting untuk menyokong fikiran (logik).
Selain itu, membina hubungan denga orang lain juga merupakan tuntutan dasar manusia. Hubungan satu arah ini tidak akan sempurna melainkan dipenuhi kedua-keduanya iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Inilah yang membezakan Islam yang mendasari ilmu tadi kepada Maha Pencipta yang boleh dikaitkan dengan kecerdasan spiritual.
Kecerdasan spiritual tidak akan diperolehi jika kita tidak kembali kepada Tuhan. Mana mungkin orang tidak beragama lebih-lebih lagi tidak sedar akan keperluan beragama akan merasai nikmat kecerdasan ini dan menguruskan pemikirannya dengan baik. Sampai satu peringkat orang yang hebat dan tinggi IQnya akan gagal dalam hidup gara-gara gagal memahami tuntutan kecerdasan spiritual. Hidupnya tanpa tujuan. Golongan ini telah ditempelak oleh Allah dalam firmanNya:
Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa", dan mereka SEKALI-KALI TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN TENTANG ITU, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja.( Al- Jaatsiyah:24)
Aqidah Islam adalah percaya kepada kehidupan selepas mati. Islam menuntut kita menguruskan kehidupan dunia ini (khalifah di bumi) dan hasilnya akan dinilai selepas mati. “Doktrin” atau aqidah ini amat menuntut umatnya supaya bersiap siaga dengan bekalan terbaik menemui Penciptanya.
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari qiamat sajalah disempurnakan BALASANMU. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Aali Imran:185)
Konsep kecerdasan spiritual ini telah diperkenalkan oleh sepasang ilmuan suami isteri, Ian Marshal dan Danah Zohar yang mengatakan kesedaran diri yang membawa kepada pengenalan diri (iaitu siapa kita) berakar umbi dalam otak tanpa dipengaruhi dunia luar atau pancaindera yang akan membentuk kesedaran sejati manusia. Tidak dapat dinafikan lagi kecerdasan spiritual adalah yang paling penting dan utama.
Empat bukti penting yang menyokong konsep tadi adalah
1) ayunan 4o Hz yang ditemui oleh Denis Pare dan Rudolpho Llinas
2) keadaan bawah sedar kognitif yang ditemui oleh Joseph De Loux
3) titik Tuhan (God Spot) pada kawasan temporal yang ditemui oleh Vilyanus Ramachandran
4) somatic marker oleh Antonio Damasio
Penemuan ini memberi maklumat kepada wujudnya hati nurani atau intuisi dalam otak manusia. Penelitian yang dilakukan membuktikan manusia dikawal hati nurani sejak daripada evolusi biologi manusia lagi. Dengan erti kata lain, manusia tidak mungkin akan lari daripada Tuhan kerana otak amat mengenali dan patuh Penciptanya.bersambung>>>
rujukan : REVOLUSI IQ.EQ.SQ: MENYINGKAP RAHSIA KECERDASAN DARIPADA PERSPEKTIF AL-QURAN DAN PENEMUAN MUTAKHIR NEUROSAINS

Friday, December 5, 2008
MAKHLUK ANEH
Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.(Al- Infithar: 6-8)
Siapa lagi kalau bukan kita yang bernama manusia. Sekejap kita beriman, sekejap kita kurang iman, sekejap kita tidak beriman. Sekejap kita beramal dengan cara hidup Islam, sekejap cara hidup kita tidak ubah seperti orang kafir. Nauzubillah. Aku sering tertanya–tanya ada ke software yang sempurna untuk memprogramkan manusia?
Pernahkah kita terfikir otak kita cukup cerdas dan bijaksana untuk tidak terpedaya kepada syaitan dan berbuat durhaka kepada Pencipta kita. Orang yang cerdik macam Theodone John Kaczynski pun boleh terpedaya. Seorang genius matematik yang juga dikenali sebagai unabomber memperoleh gelaran doktor matematik pada usia 21 tahun.(aku masih terkial-kial mencari formula kejayaan kat ums ni).
Tetapi sayangnya dia menggunakan kepintarannya untuk melakukan keganasan dengan mencipta bom hasil ujikajinya selama 17 tahun yang membunuh 3 orang dan mencederakan 23 yang lain. Ted tidak pintar untuk membina hubungan sosial dengan manusia apalagi dengan Tuhannya.
Ternyata IQ Ted yang hebat tidak mampu menyuluhnya mencari hakikat penciptaannya di bumi Allah ini. Mengaku sahaja kita ini tidak pandai pun. Mungkin kata –kata Daniel Goleman boleh pakai. Katanya kecerdasan intelektual hanya menyumbang 5 hingga 10 peratus kejayaan dalam hidup kita. Selebihnya usaha, bakat dan kemahuan, sifat, kesihatan kecerdasan, faktor GENETIK, pendidikan dan keyakinan adalah kunci kejayaan manusia.
IQ sahaja tidak mampu menjadikan kita kuat untuk menempuh kehidupan ini. Kita memerlukan EQ (kecerdasan emosi) dan SQ (kecerdasan spiritual). Gabungan kesemua ini barulah melayakkan kita memahami fungsi otak dengan baik seterusnya menerajui pemerintahan Islam dalam tubuh kita.
Secara mudahnya otak kita memang di pasang siap oleh Jurutera Agung (bukan muslimin agung)yang menyediakan komponen anatomi bagi aspek IQ, EQ dan SQ. Dengan cara ini otak kita mampu berfikir secara rasional, emosional-intuitif dan spiritual.
Nanti saya sambung lagi.>>>
rujukan : REVOLUSI IQ.EQ.SQ: MENYINGKAP RAHSIA KECERDASAN DARIPADA PERSPEKTIF AL-QURAN DAN PENEMUAN MUTAKHIR NEUROSAINS
KATA-KATA TANPA MAKNA
Kebiasaannya manusia melakukan apa yang dia percaya. Kepercayaan itu mungkin didasari ilmu atau pengalaman atau pun gerak hati sahaja tetapi yang pasti kepercayaan itulah yang menggerakkan tindakan. Adakah kepercayaan itu boleh diubah atau ditukar dengan kepercayaan baru? Ya, jika kita mahu. Tetapi sayangnya otak manusia bukan seperti komputer yang boleh diinstall dan remove apa-apa software yang kita mahu.
Tidak dapat tidak perubahan itu mesti bermula dengan ilmu. Kutiplah mana-mana sumber ilmu yang kita yakin. Bak kata abang burhan, belajarlah melalui pemerhatian. Pemerhatian yang membawa kepada uji kaji atau praktikal yang mana hasil akhirnya kesimpulan yang bukan kita mahu tetapi kehendak uji kaji. Bagi yang tidak faham rajin-rajinlah bereksperimen.
Ada orang percaya untuk menolak kehidupan dunia, hidup ala kadar, tidak mahu memakmurkannya dan serah sahaja urusan dunia kepada sesiapa sahaja. Politik, pemerintahan, sains, ekonomi, budaya dan seni dipinggirkan. Bukankah kita selalu menyebut Islamlah yang mengatur kehidupan kita daripada hal-hal sekecil masuk tandas sehinggalah soal berumahtangga dan pemerintahan. Segala - galanya ada hak Islam.
Jika kita yang faham Islam tidak mencaturnya,siapa lagi yang hendak diharapkan.
Hari ini profesionalisma kita amat terasing dari Islam. Ustaz, guru, doktor, ahli ekonomi, ahli politik, jurutera, ahli sains dan banyak lagi hilang fokus untuk menzahirkan Islam atau lebih tepat lagi untuk menjadi mukmin profesional. Ada orang percaya profesionalisma ini tiada kaitan dengan Islam. Hak Islam sudah mula dijuzuk-juzukkan. Belajarlah daripada cahaya putih yang menyerakkan cahaya pelangi.
Saya yakin dan percaya semua ini tidak akan terangkum jika kita bersendirian. Kita tidak akan mampu mencapai kumpulan sasar jika kita berseorangan. Kita tidak akan mampu jika hanya satu gerak kerja dan satu cabang yang kita tumpu. Belajarlah daripada sel-sel dalam badan kita yang bekerja mengikut fungsi masing-masing tetapi sel-sel ini tidak pernah terputus hubungan berjemaah. Belajarlah daripada mata, telinga, kepala, lidah, hidung, tangan dan kaki yang melakukan kerja berbeza tetapi saling berhubungan untuk memastikan kita terus hidup.
Hasilnya percakaran sesama kita. Manhaj kita yang terbaik, metod kita yang terbaik. Pernahkah kita melihat tangan dan mulut kita bergaduh? Sebagai asasnya fahamilah fungsi seorang makhluk.
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (Adz Zaariyat:56)
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al Baqarah:30).
Tidak perlu tunggu kita khatam bepuluh kitab untuk memahami Islam. Fahamilah bahawa kita hidup hanya untuk Islam dan membuktikan cinta agung kepada Maha Pencipta. Belajarlah untuk mencari makna sebuah kehidupan.
Thursday, December 4, 2008
BERKORBAN APA SAJA - NADA MURNI
Allahu Ya Allah
Berkorban apa saja
Agar Islam mulia
Tingkatkan iman dan taqwa
Nilai hamba disisi Allah
Di dunia ini tiada undang-undang mulia
Selain mengambil panduan al Quran sunnah rasulullah
ayuh mari bersama kita perjuangkannya
Agar kita berjaya di dunia dan akhirat
moga Allah yang Pengasih meredhai kita
Berkorban apa saja
Agar Islam mulia
Tingkatkan iman dan taqwa
Nilai hamba disisi Allah
Mari kita tegakkan tuntutan
Kalimah Allah itulah tugas kita
Sebagai khalifah di dunia
Berkorbanlah jiwa dan raga
Rela menempuh segala rintangan
Biarlah jasadmu terkorban
Atau hilang harta di dunia
Asalkan syari'at Allah dapat diperjuangkan
Moga bersedih dunia
Dengan cahaya ISlam
Tuesday, December 2, 2008
SETITIK ILMU SEGELAS AMAL
a) Global Issue
1. Organisasi Kerajaan Pimpinan Rasulullah (Mohamad Yasin Mashar)
2. Pembangunan Pentadbiran Menurut Perspektif Islam (Muhammad Al Buraey)
3. Pengurusan Dakwah (Rozhan Othman)
4. Gerakan Pelajar (Md. Suhaimi Embong)
5. Khilafah dan Kerajaan (Al Maududi)
6. Islamic Threat (Prof. Esposito)
7. Islamic Fundamentalists (Philip Hiro)
8. Al-Ahkam Al-Sultaniah wal-Wilayah ad-Diniah (Imam Mawardi)
9. Teknik berfikir – Konsep & Proses (Ainon & Abdullah)
10. Pengurusan Dalam Islam
11. Siasah Syariyyah
12. Mengurus Secara Islam
13. Dunia Islam dan Tipudaya Antarabangsa (Fathi Yakan)
14. Jahiliah Abad 20 (Muhammad Qutb)
15. Penentangan Terhadap Aliran Pemikiran Perosak (Dr. Muhammad Al Baki)
b) Haraki
1. Jalan Dakwah (Mustaffa Masyhur)
2. Jalan Dakwah - Di antara Keaslian dan Penyelewengan (Mustaffa Masyhur)
3. Jalan Dakwah - Di antara Pimpinan dan Tentera (Mustaffa Masyhur)
4. Bekalan Di Jalan Dakwah (Mustaffa Masyhur)
5. Bahtera Penyelamat (Fathi Yakan)
6. Golongan Yang Gugur Di Sepanjang Jalan Dakwah (Fathi Yakan)
7. Apa Erti Saya Menganut Islam (Fathi Yakan)
8. Perspektif Pendidikan – Syarah Risalah At-Ta’lim (Said Hawa)
9. Risalah At-Taklim (Hassan Al-Banna)
10. Amal Islami 2 (Syed Hawa)
11. Jamaah Islam: ‘Ulama’ Dan Peranannya’ (Mokhtar Senik)
12. Fiqh Al-Jamaie (Mokhtar Senik)
13. Isra’ Mikraj Dan Kaitannya Dengan Gerakan Islam Masa Kini (Harun Taib)
14. Berbilang-bilang Jamaah (Harun Taib)
15. Muslimat Dan Pembangunan Ummah (Harun Taib)
16. Akidah Dan Perjuangan (Fadhil Noor)
17. Usul 20 (Hassan Al-Banna)
18. Pra Syarat Kejayaan Harakah Islam
19. Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam
20. Beberapa Peringatan Untuk Para Daie
21. Pembebasan Al Wala’ (Syed Hawa)
22. Konsep Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah Dan Pendakwah (Fathi Yakan)
23. Suri Teladan Di Sepanjang Jalan Dakwah (Mustaffa Masyhur)
24. Fiqh Kenegaraan (Dr. Yusuf Al-Qardhawi, ABIM) atau dalam edisi lain Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam (Maktabah Al-Qardhawi)
25. Fiqh Keutamaan Berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah (Yusuf Al-Qardhawi, ABIM)
26. Panduan Memahami Syariat Islam (Yusuf Al-Qardhawi, Pustaka Ilmi)
c) Seerah
1. Fiqh Al Harakah 1 & 2 (Haji Abdul Hadi Awang)
2. Figh As Seerah 1, 2 & 3 (Said Ramadan Al-Buti)
3. Seerah Nabawiyyah (Mustaffa As-Sabaie’)
4. Risalah Usrah Jilid 3 – Bab: Seerah Nabawiyyah Dan Perjuangan (Abu Urwah)
5. Risalah Hidup Rasulullah
6. Hayatu Sahabah 1-4
7. Fiqh Asd Seerah 1 & 2 (Muhammad Al-Ghazali)
d) Tasawuf
1. Bimbingan Mukminin (Imam Ghazali)
2. Detik-detik Hidupku (Hassan Al-Banna)
3. Manusia Yang Dimurkai Dan Dikasihi Allah (Said Hawa)
4. Keperibadian Muslim 1 & 2 (Muhammad Ali Hashim)
5. Siri Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (empat buah)
6. Sepuluh Wasiat Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna
e) Hadith
1. Hadith 40 (Imam Nawawi)
2. Hadith-hadith Politik (Shafie Ibrahim)
3. Sahih Bukhari & Muslim 1-4
4. Sahih Bukhari 1-6
f) Tafsir Al-Quran
1. Tafsir Fil Zilalil Quran (Juz ‘Amma & Di Bawah Naungan al-Quran) Syed Qutb
2. Tafsir Ibnu Kathir
3. Tafsir Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
(Al Tibyan: As-Saff, Al-Hujurat, Al-Maidah, Al-Hasyr, Al-Luqman)
4. Kaset-kaset Tafsir Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
5. Index Al-Quran
Tambahan: Penumpuan Surah: Al-Maidah, Al-Kahfi, Al-Munafikun, Al-Muzzammil, Al-Muddathir, Al-Saff, Al-Taubah, Al-Hasyr, Al-Luqman.
*Senarai bacaan ini telah disediakan oleh MHAS UM
Monday, December 1, 2008
KONVOI KASIH LABUAN
Lama sudah saya tidak update blog ni. Selepas balik bercuti dari Labuan macam-macam ilham datang menerjah kat kepala ni. Insya Allah kalau diberikan kesempatan menaip boleh kongsi kat blog ni. Jiwa kembara makin membuak-buak dalam diri. Ada hajat yang masih belum kesampaian. Harap-harap umur saya masih panjang. Optimis.
Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka? Orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri.
(Ar Rum:9 ).
Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling loba kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih loba lagi) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.(Al Baqarah:96)
Oh Labuan. Aku tahu engkau tidak redha dengan maksiat di halamanmu ini. Sabarlah gelombang hijau bisa mengubahnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)