Wednesday, December 24, 2008

MAKHLUK ANEH 2

Minda atau otak merupakan sumber bagi banyak perkara. Otak manusia menjadi kekuatan fizik bagi perkembangan diri manusia secara keseluruhan. Penemuan yang amat menarik, perkembangan minda menunjukkan, sebelum fikiran rasional berfungsi khususnya pada Homo Sapiens (makhluk mamalia) fikiran emosional mengambil tempat untuk mereka beradaptasi dengan persekitaran luar. Sebelum manusia mampu berfikir secara rasional atau logik, mereka berfikir menggunakan perasaannya.

Sebenarnya keputusan-keputusan bijak yang dicetuskan oleh otak amat berkait rapat dengan fikiran rasional dan emosional-intuitif. Kerjasama dua bahagian ini akan menjamin hasil yang amat menakjubkan. Susunan emosi ini jika dikaji anatomi otak terletak pada sistem limbik yang memainkan peranan emosional manakala susunan rasional dikaitkan dengan serebrum. Boleh disimpulkan sebenarnya perasaan amat penting untuk menyokong fikiran (logik).

Selain itu, membina hubungan denga orang lain juga merupakan tuntutan dasar manusia. Hubungan satu arah ini tidak akan sempurna melainkan dipenuhi kedua-keduanya iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Inilah yang membezakan Islam yang mendasari ilmu tadi kepada Maha Pencipta yang boleh dikaitkan dengan kecerdasan spiritual.

Kecerdasan spiritual tidak akan diperolehi jika kita tidak kembali kepada Tuhan. Mana mungkin orang tidak beragama lebih-lebih lagi tidak sedar akan keperluan beragama akan merasai nikmat kecerdasan ini dan menguruskan pemikirannya dengan baik. Sampai satu peringkat orang yang hebat dan tinggi IQnya akan gagal dalam hidup gara-gara gagal memahami tuntutan kecerdasan spiritual. Hidupnya tanpa tujuan. Golongan ini telah ditempelak oleh Allah dalam firmanNya:
Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa", dan mereka SEKALI-KALI TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN TENTANG ITU, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja.( Al- Jaatsiyah:24)

Aqidah Islam adalah percaya kepada kehidupan selepas mati. Islam menuntut kita menguruskan kehidupan dunia ini (khalifah di bumi) dan hasilnya akan dinilai selepas mati. “Doktrin” atau aqidah ini amat menuntut umatnya supaya bersiap siaga dengan bekalan terbaik menemui Penciptanya.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari qiamat sajalah disempurnakan BALASANMU. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Aali Imran:185)

Konsep kecerdasan spiritual ini telah diperkenalkan oleh sepasang ilmuan suami isteri, Ian Marshal dan Danah Zohar yang mengatakan kesedaran diri yang membawa kepada pengenalan diri (iaitu siapa kita) berakar umbi dalam otak tanpa dipengaruhi dunia luar atau pancaindera yang akan membentuk kesedaran sejati manusia. Tidak dapat dinafikan lagi kecerdasan spiritual adalah yang paling penting dan utama.

Empat bukti penting yang menyokong konsep tadi adalah
1) ayunan 4o Hz yang ditemui oleh Denis Pare dan Rudolpho Llinas
2) keadaan bawah sedar kognitif yang ditemui oleh Joseph De Loux
3) titik Tuhan (God Spot) pada kawasan temporal yang ditemui oleh Vilyanus Ramachandran
4) somatic marker oleh Antonio Damasio

Penemuan ini memberi maklumat kepada wujudnya hati nurani atau intuisi dalam otak manusia. Penelitian yang dilakukan membuktikan manusia dikawal hati nurani sejak daripada evolusi biologi manusia lagi. Dengan erti kata lain, manusia tidak mungkin akan lari daripada Tuhan kerana otak amat mengenali dan patuh Penciptanya.bersambung>>>

rujukan : REVOLUSI IQ.EQ.SQ: MENYINGKAP RAHSIA KECERDASAN DARIPADA PERSPEKTIF AL-QURAN DAN PENEMUAN MUTAKHIR NEUROSAINS

No comments:

Post a Comment


Total Pageviews

free counters
Powered By Blogger