Friday, December 5, 2008

MAKHLUK ANEH


Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.(Al- Infithar: 6-8)

Siapa lagi kalau bukan kita yang bernama manusia. Sekejap kita beriman, sekejap kita kurang iman, sekejap kita tidak beriman. Sekejap kita beramal dengan cara hidup Islam, sekejap cara hidup kita tidak ubah seperti orang kafir. Nauzubillah. Aku sering tertanya–tanya ada ke software yang sempurna untuk memprogramkan manusia?

Pernahkah kita terfikir otak kita cukup cerdas dan bijaksana untuk tidak terpedaya kepada syaitan dan berbuat durhaka kepada Pencipta kita. Orang yang cerdik macam Theodone John Kaczynski pun boleh terpedaya. Seorang genius matematik yang juga dikenali sebagai unabomber memperoleh gelaran doktor matematik pada usia 21 tahun.(aku masih terkial-kial mencari formula kejayaan kat ums ni).

Tetapi sayangnya dia menggunakan kepintarannya untuk melakukan keganasan dengan mencipta bom hasil ujikajinya selama 17 tahun yang membunuh 3 orang dan mencederakan 23 yang lain. Ted tidak pintar untuk membina hubungan sosial dengan manusia apalagi dengan Tuhannya.

Ternyata IQ Ted yang hebat tidak mampu menyuluhnya mencari hakikat penciptaannya di bumi Allah ini. Mengaku sahaja kita ini tidak pandai pun. Mungkin kata –kata Daniel Goleman boleh pakai. Katanya kecerdasan intelektual hanya menyumbang 5 hingga 10 peratus kejayaan dalam hidup kita. Selebihnya usaha, bakat dan kemahuan, sifat, kesihatan kecerdasan, faktor GENETIK, pendidikan dan keyakinan adalah kunci kejayaan manusia.

IQ sahaja tidak mampu menjadikan kita kuat untuk menempuh kehidupan ini. Kita memerlukan EQ (kecerdasan emosi) dan SQ (kecerdasan spiritual). Gabungan kesemua ini barulah melayakkan kita memahami fungsi otak dengan baik seterusnya menerajui pemerintahan Islam dalam tubuh kita.

Secara mudahnya otak kita memang di pasang siap oleh Jurutera Agung (bukan muslimin agung)yang menyediakan komponen anatomi bagi aspek IQ, EQ dan SQ. Dengan cara ini otak kita mampu berfikir secara rasional, emosional-intuitif dan spiritual.
Nanti saya sambung lagi.>>>

rujukan : REVOLUSI IQ.EQ.SQ: MENYINGKAP RAHSIA KECERDASAN DARIPADA PERSPEKTIF AL-QURAN DAN PENEMUAN MUTAKHIR NEUROSAINS

5 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

bagus. idea dalam blog ini ada novelty

mzFaTih said...

Syukran Prof.komen yang membina insan kerdil ini.input kat blog Prof banyak mencerahkan idea baru.

Muslimin Agung said...

Salam WUFI

Perkongsian yang menarik. Setuju dengan komentar anda tentang pembauran antara IQ, EQ, dan SQ. Apa penting jangan gabungkan dengan qz. Kiamat Sudah Dekat! Lagi satu, Muslimin Agung tu memang tak akan jagi Jurutera Agung kerana dia hanya mempunyai kelayakan menjadi Mursyid Agung hatta di kehidupan yang akan datang.

nur auni said...

such a great writing. Keep going with it Akhi!

NurSyahadah said...

salam ziarah...

Post a Comment


Total Pageviews

free counters
Powered By Blogger