Keputusan ujian semester 1 telah keluar. Rata-rata teman bertanya khabar dan yang ditanya khabar memberi jawapan yang menyedihkan."Result saya jatuh la bang, teruk".
Jangan sedih wahai teman, luka dalam pelajaran ada ubatnya seperti juga luka dalam berjuang. Jangan sedih wahai teman, banyak lagi sahabat kita yang gugur dan kecundang dalam akademik. Namun ternyata, mereka juga berjaya mencari makna sebuah kejayaan. Kejayaan itu amat subjektif. Anggaplah ini ujian atau pun peringatan dan teguran daripadaNya supaya kita bermuhasabah kembali.
Jangan sedih wahai teman, hatiku juga turut sama merasainya. Orang yang gagal itu bukannya gagal kerana gagal bangkit semula tetapi kegagalan itu tidak cukup lagi untuk membolehkannya sedar dan bangkit semula. Kesempurnaan ilmu bukan pada pointer, bangkitlah, ilmu Allah amat luas.
Singkaplah hikmah disebalik kejadian dan ujian yang menimpa kita. Jangan bersedih wahai teman, air mata itu kadang-kadang boleh mendamaikan jiwa yang resah.
Menangislah di hadapan Tuhanmu kerana hanya Dia sumber ketenangan. Menangislah di dalam solat kerana ia amat mendamaikan. Menangislah pada waktu malam bermunajat kepadaNya. Jawapan kesedihanmu adalah kebahagian selepas mati.
Jangan bersedih wahai teman, sesungguhnya engkau orang yang paling tinggi darjat disisiNya jika engkau benar-benar orang beriman. Senyumlah wahai teman, wajahmu nampak hambar dalam kesedihan.
Senyumlah wahai teman, ianya tanda ketabahan.
Senyumlah wahai teman, ianya tanda keimanan.
Senyumlah wahai teman, ianya sedekah paling mudah.
Wahai teman, janganlah gusar dengan kehidupan ini, sesungguhnya Allah sentiasa melihatmu dan yakinlah ujian yang diberi menandakanmu mendapat perhatian dan kasih sayang daripadaNYa. Bergembiralah teman dengan perhatianNya.
Wednesday, December 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Betul!
Post a Comment