Monday, January 31, 2011

Memilih Cinta Yang Sukar

Berkelana sang hamba
Mencari cinta Maha  Pencinta
Musafir lalu pendamai jiwa
Nikmat dunia hanya sementara

Tabir bicara pembuka kata
Bila cinta sudah berbunga
Hanya nikah menjadi bicara
Tanggungjawab menjadi arca

Menuntut janji bukan sekadar kata
Akhirnya neraka atau syurga
Tetapi lihatlah ia bermula
Dengan dosa bersalut noda atau pahala

Jeratan iblis akan menoda
Kesucian yang bernama cinta
Kututup bicara
Mencari mula dalam redha
Dengan namamu Ya Allah,ku kembara...

~ Ribut Malam ~ 

Saturday, January 29, 2011

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan

124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurgaM a'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah danak hirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang palingutama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telahmenyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

 Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...


Saturday, January 22, 2011

Sunnah Tadarruj : Kemelut Arak di Selangor

“Sunnah tadarruj” atau diterjemah sebagai “bertahap-tahap”. Tadarruj ini, ia berlaku dalam bentuk perlaksanaan sesuatu hukum [arab : tanfiz], tetapi tidak berlaku dalam perkara pensyariatan [arab : tasyrik]. Ini kerana, syariat itu telah sempurna selepas pemutusan wahyu dan kewafatan Nabi SAW.

Firman Allah;

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Maksudnya;
“pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”

[Al-Maidah : 3]

Bukan bermaksud “tadarruj” dengan semata-mata melengah-lengahkan perlaksanaan sesuatu kandungan syariat, tetapi ia hendaklah mempunyai; [1] perancangan yang mempunyai jangka masa. [2] Perancangan yang mempunyi penyelidikan, dan [3] Mempunyai plan dalam menentukan tahap- tahap, sehingga perlaksaaan islam secara syumul terbukti berjaya.

“sunnah tadarruj” ini, bukanlah satu perkara yang disifatkan sebagai rekaan semata-mata, sebaliknya ia mempunyai sandaran. Iaitu, dilihat penurunan Al-Quran itu sendiri bertahap-tahap, disamping melihat kepada marhalah dakwah nabi SAW yang bertahap-tahap. Di Marhalah Makkiyyah, ia memakan masa selama 13 tahun di Makkah, sehingga ia digelar sebagai Marhalah tarbiyyah dan pengukuhan.

Amalan ini juga, dilakukan oleh seorang khalifah islam yang adil, iaitu Umar bin Abdul Aziz. Ketika anak beliau bernama Abdul Malik bertanya kepadanya, tentang banyak perkara yang beliau tidak laksanakan dikala sudah berkuasa, Umar bin Abdul Aziz menjawab;

لا تعجل يا بني , فإن الله ذم الخمر فى القرءان مرتين و حرمها في الثالثة , و إني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة فيدعوه جملة , ويكون من ذا فتنة

Maksudnya;
“Jangan kamu gopoh wahai anakku, Sesungguhnya Allah cela arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali dan mengharamkannya pada kali ketiga. Sesungguhnya Aku bimbang melaksanakan kebenaran terhadap manusia secara total, lalu mereka menolaknya secara total. Sudah pasti, ia merupakan fitnah” [ Al-Muwafaqat : 2/148]
sumber: fath-az-zarai-dalam-menyelesai-isu

Thursday, January 20, 2011

TOP 100 Judul Kreatif

Analisis TOP 100 Judul Kreatif Berdasarkan Jumlah Naskhah Terjual antara 1 Jan - 31 Dis 2010


1. Khalifah-khalifah Yang Benar
2. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
3. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
4. Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin
5. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran
6. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
7. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
8. Imam Hanafi: Pendebat Kebenaran
9. Dear Yayah The Series
10. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
11. Aku Mahu Superbibik
12. Khalid: Memburu Syahid
13. Aku Mahu Ain Maisarah
14. Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
15. Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi
16. Perang Badar: Perang Penentuan
17. Bilal Bin Rabah
18. Impiana - Boxset
19. Imam Hanbali: Penegak Kebenaran
20. Koleksi 33 Kisah Sejarah Melayu
21. Ali Bin Abi Talib
22. Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran
23. Aku, Dia & Gosip
24. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Sepakat?
25. Projek Diet Ain Maisarah
26. Gadis Bubble Gum
27. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur
28. Buletin Sri Bangsar - Boxset
29. Siapa Lebih Popular?
30. Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib
31. Young Aisyah: Cuti Sekolah
32. Bacakan Saya Satu Cerita
33. Tariq: Menang ataupun Syahid
34. Usahawan Cilik: Manik Merah Jambu
35. Usahawan Cilik: Coklat Ataupun Strawberi?
36. Kita Hanya Di Seberang Jalan
37. O.T.A.I - Lawan Jadi Kawan
38. Aku, Dia & Glamor
39. Tiket Bola Sepak Untuk Putera Haziq
40. Nyanyi Sunyi
41. Puteri Tudung Bermanik
42. Young Aisyah: Summer Camp
43. Sayalah Puteri Raja!
44. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Berkawan?
45. Aku, Dia & Coklat
46. Sarah Dan Duit Raya
47. Kelab Gadis Ayu
48. Puteri Kemilau Cahaya
49. Akukah Cinderella Itu?
50. Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam
51. Gadis Lolipop
52. Tukar Sekolah Lagi!
53. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
54. Munajat Malam
55. Ikramah: Penentang Jadi Pembela
56. Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!
57. Semanis Tart Ceri
58. Sayalah Putera Mahkota!
59. Aku Mahu Saiz S
60. Usahawan Cilik: Puteri Kristal
61. Aku Mahu Ke New York 2
62. Aku Mahu Popular
63. Young Aisyah: Sayang Cikgu
64. Aku Mahu Ke New York 1
65. My Memory
66. Ku Seru Nur Kasih
67. Miss Epal
68. Bara Cinta Canberra
69. Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu
70. Negeri 5 Menara
71. Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel - Edisi Jimat
72. Young Aisyah: Ponteng Puasa
73. Young Aisyah: Buli
74. Young Aisyah: Pindah Rumah
75. Tempat Pertama?
76. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem - Edisi Jimat
77. Lasykar Pelangi
78. Usahawan Cilik: Aisyah & Roti Canai
79. Salju Sakinah
80. Lelaki Berkasut Merah
81. Buletin Sri Bangsar: Perang Rumah Sukan
82. Seperti Keju & Coklat
83. Aku Mahu Buli
84. Khalid: Memburu Syahid - Edisi Jimat
85. Lebai Cilik: Misteri Ayam Beracun
86. Diari Mat Despatch
87. Wasilah Cinta Weera
88. Warna-Warni Si Puteri
89. Detektif Bertudung Hitam: Penyiasat Masjid
90. Si Monster Cilik
91. Syahadah Gadis Aties
92. Buletin Sri Bangsar: Juara Rumah Sukan
93. Tariq: Penakluk Andalusia - Edisi Jimat
94. Impiana: Misteri Terbongkar
95. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi - Edisi Jimat
96. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi
97. Usahawan Cilik: Jutawan 3R
98. Nydia, Terendak Dan Bintang: Episod Pengenalan
99. Jangan Biarkan Surau Ini Roboh
100. Janji Puteri Beradu

*** Tiga nama pengarang kreatif paling laku: (i) Abd. Latip Talib, (ii) Ain Maisarah, (iii) Saridah Hamid.

Wednesday, January 19, 2011

Ibrah Daripada Sebaik-baik RAJA

 fatih
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

_________________________________________________________ 
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, ke semua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman  Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.  

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
                                                      
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican
                                       rantai merentang teluk horn

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang digunakan
Rantai yang merentangi teluk Horn
                                                                 
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
                                            kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin   menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin
                                         
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didik Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Sumber artikel ini diperolehi daripada http://satuperkongsian.wordpress.com

Tuesday, January 18, 2011

Give Yourselves TIME For Leisure

Let us listen to what this great Companion and scribe of the Prophet (peace be on him), Hanthalah al-Usaidi, has to say about himself: Abu Bakr met me and asked, ‘How are you, Hanthalah?’ I replied, ‘Hanthalah has become a hypocrite.’ He said, ‘Subhanallah! 

What are you saying?’ I replied, ‘When we are with Allah’s Messenger (peace be on him), he mentions the Fire and the Garden until it is as if we can see them. But when we leave the Prophet’s company and play with our wives and children or busy ourselves with our properties, we forget much.’ Abu Bakr said, ‘By Allah, I have experienced the same thing.’ 

He and I then went to visit the Messenger of Allah (peace be on him), and I said, ‘O Messenger of Allah, Hanthalah has become a hypocrite.’ He asked, ‘And how is that?’ I replied, ‘O Messenger of Allah, when we are with you, you talk about the Fire and the Garden until it is as if we can see them. Then we go out and play with our wives and children and deal with our properties, and we forget much.’ 

The Messenger of Allah (peace be on him) then said, ‘By Him in Whose hand is my soul, if you were to continue at the same level at which you were when with me and in remembering Allah, the angels would shake hands with you when you are resting and when you walk about, but, O Hanthalah, there is a time (for this) and a time (for that). He repeated this phrase three times.(Related by Muslim)



The truth is that spending our leisure time in satisfying pursuits, “fun work,” will refresh us far more than a non-stop marathon of playing Call of Duty. Hobbies can bring you joy, increase your eye for detail, keep your mind sharp, expand your creativity, and help you meet friends and learn valuable skills. They add interest to your life and help you become a more well-rounded man. If you’ve been feeling depressed, restless, or apathetic, the problem may be the lack of having something in your life you feel passionate about, something that brings you needed fulfilment. (ArtofManliness.com)

Source : ProductiveMuslim

Saturday, January 15, 2011

Mencari Jalan Pulang

PS: Jangan bazirkan masa anda. Artikel ini hanyalah lentera jiwa penulis.

Petang itu tidak seperti biasa. Sedikit suram. Panahan senja sinar mentari seakan menambah duka di hati. Entah mengapa payah benar untuk aku merasa bahagia. Tentu ada sesuatu yang telah menceroboh pagar iman sehingga susah benar untuk merasa cukup dengan ketentuan Ilahi. Rupanya hujan pagi tidak menghasilkan pelangi. Adakah pelangi yang ku nanti? Aduhai, hati begitu rindu untuk bertemu.

Aku menerjah ombak gelora yang makin ganas menerpa. Tidak pernah putus asa untuk menyerang. Bahasanya gagah mengugah jiwa. Datangnya bertali arus seusai angin bertiup. Kali ini semakin pantas pula ia bertandang. Harus ku buka langkah bersilang mengayun seni beralas pusaka. Biar ia tahu susuk perkasa bisa hadir.

Sesekali ia makin kendur. Pandai juga ia beralah. Lembut menyapa naluri kemanusian supaya berbelas ihsan sesama makhluk. Sudah diduga. Pantang berundur sebelum syahid. Musuh yang lemah jangan dihina. Tawarkan perdamaian sesudah menang. Bukan seperti mereka yang munafik. Terus megah beralas sombong mendada kemenangan. Bila kalah terus menikus bersembunyi. Sambil-sambil menunggu peluang. Memang dasar pengecut.

Ku buka langkah ke hadapan. Sudah tiba masa pulang. Rentetan peluang menjalar pergi bersama masa. Terlalu pantas untuk ku kejar. Sebelum pulang aku ingin menabur benih pusaka. Moga berguna untuk timbangan di sana. Neracanya tidak kenal wang permata hanya amal dibutuhi. Aku kembali mencari jalan pulang.

A CALL TO EMBRACE ISLAM

Assalamualaikum,

This is a humble call to readers of this blog who are not yet Muslims. I hereby extend my invitation to you to embrace Islam. It is easy and simple to embrace Islam. All you have to do is to utter these verses:
لا إله إلا الله
Transliteration: La ila ha illal lahTranslation: There is no God worthy of worship but Allah
محمد رسول الله
Transliteration: Muhammadur Rasullullah
Translation: Muhammad is the Mesenger of Allah

To formalise the verses, a prefix is usually added:

أشهد أنلا إله إلا الله

Transliteration: Asyhadu al la ila ha illallah
Translation: I bear witness that there no god worthy of worship but Allah
أشهد أنمحمد رسول الله

Transliteration: Asyhadu anna Muhammadur rasulullah
Translation: I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah
When you and utter those verses with your full conscience and submission, then you become a Muslim.
What do I promise you in return? I don't promise you anything. But Allah promises you heaven or Jannah in Arabic.

Allah's promise is immortalised in these verses of the Qur'an:
Those who have faith
And do the righteous deeds
They are the best
Of creatures
(Al Qur'an 98:7)
The reward is with Allah
Gardens of Eternity
Beneath which rivers flow
They will dwell therein
For ever; Allah well pleased
With them, and they with Him;
All this for such as
Fear their Lord and Cherisher
(Al Qur'an 98:8)
If you want to embrace Islam, here are things that will make it easy for you. See HERE
I hope this posting descends to the bottom of your hearts, and may hidayah be granted to you.

Kembara Ilmu


kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

Album : Kias Cinta
Munsyid : Mohd Suhaimi El-Fardie
senilagu: abai os
senikata: frizdan
penerbit: faizal osman

Thursday, January 13, 2011

PAKATAN Hanya Perlukan RM19 Bilion Untuk Rakyat!

Karya Kartunis Gandum
Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. 

Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara. Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.

Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

1.Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.
2.Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
3.Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
4.Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
11 JANUARI 2011

===========

When We will stop this...?




Wednesday, January 12, 2011

Interlok Novel Fakta Bukan Penulisan Rasis

Oleh Jamhariah Jaafar
bhnews@bharian.com.my
2011/01/12

Penceritaan kisah pelbagai kaum sedarkan generasi muda tentang kepentingan perpaduan

'MANIAM masih muda. Umurnya baru mencapai 30 tahun. Badannya tegap dan tulang rangkanya besar, perawakannya tinggi, kulitnya hitam, alis matanya tebal dan anak mata hitamnya segar di kelilingi dengan mata putih yang menjolok. Satu tanda yang amat jelas bagi orang pertama kali bertemu dengan Maniam ialah dia menyimpan misai yang kecil.

‘Di dalam kapal dia tidak susah. Sebahagian besar daripada penumpang dek yang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah ke utara sedikit bercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugu pun berasal dari satu rumpun bahasa Dravidia.

Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah mereka tergolong dalam satu kasta paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur’.

Ini adalah antara petikan novel Interlok yang menjadi perdebatan hangat dan didakwa menyentuh sensitiviti di kalangan masyarakat India negara ini, semata-mata kerana terdapat perkataan paria dalam menceritakan pengembaraan Maniam berasal dari Tircur, Kerala, ke Tanah Melayu sebelum negara ini merdeka lagi.

Selama lebih 40 tahun novel ini diterbitkan, tidak pernah ada orang mempertikaikan fakta penceritaan mengenai tiga keluarga berlainan bangsa dan agama – Melayu, Cina, India – berdasarkan sejarah kehidupan yang dibukukan sebagai karya seni dan akhirnya dijadikan buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima.

Selepas membaca novel ini, penulisnya Abdullah Hussain, nyata tidak mempunyai niat jahat dalam menceritakan mengenai tiga keluarga – Seman, Ching Huat dan Maniam – keperitan dalam menjalani kehidupan generasi sebelum merdeka bagi Seman, manakala pengalaman perjalanan bagi Ching Huat dan Maniam, keluar dari tanah air masing-masing untuk mencari rezeki di Tanah Melayu.

Tindakan mempolitikkan buku ini terutama beberapa kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik semata-mata kerana perkataan itu yang memang satu fakta tetapi ditulis dalam bahasa seni yang dapat dihayati dengan baik oleh pembaca, amat mengecewakan kerana mereka melihat dari sudut sempit sekali gus cuba menafikan hakikat sejarah pengalaman serta pahit maung yang dilalui keturunan Cina dan India, yang sanggup meredah lautan untuk mencari rezeki di negara ini.

Tindakan yang mungkin menyebabkan Kementerian Pelajaran menarik semula novel yang diluluskan semata-mata atas alasan perkauman, yang kononnya membelakangkan semangat 1Malaysia adalah tidak wajar, kerana generasi muda tidak sekali-kali boleh dibenarkan mengikis sejarah antara kaum yang membentuk kekuatan rakyat Malaysia yang wujud hari ini.

Mungkin ada generasi muda yang malu kerana novel ini mengingatkan status, gaya hidup dan corak kehidupan dilalui nenek moyang mereka pada masa lalu. Perlu diingat tiada mereka, tiada kita. Penderitaan mereka perlu dijadikan iktibar setiap generasi muda.

Kasta, gaya hidup dan pengasingan kaum yang pernah berlaku di Tanah Melayu suatu masa dulu adalah pengalaman yang membuatkan generasi baru Malaysia hari ini lebih kuat dan cekal bagi mengubah kehidupan masing-masing.

Contoh terbaik, rakyat keturunan India kini berjaya mengetepikan sistem kasta yang dibawa dari India dan mereka hari ini bukan saja duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi dengan rakyat Malaysia lain, malahan ramai yang mencatat kejayaan luar biasa.

Tindakan mempolitikkan novel Interlok yang ditulis 43 tahun lalu, yang mana kasta yang dibawa dari India memang satu hakikat, mencerminkan betapa ada pihak yang tidak mahu mengingatkan pengalaman perit masa lalu.

Kesenangan dan kemewahan dikecapi hari ini adalah hasil kerja keras nenek moyang, yang ramai datang dari India tetapi hari ini melahirkan generasi keturunan India yang berjaya menghapuskan sistem kasta yang tidak dapat diterima itu.

Abdullah menamatkan cerita Interlok antara ketiga-tiga kaum ini: “Waktu Yew Seng masih di dalam rumah sakit beberapa tahun lalu, mereka dari pekan itu dan dari kampung sekitarnya telah mengumpulkan wang untuk membeli kaki kayu tersebut, tetapi Ching Huat berkeras menolaknya.

Dia mahu membeli sendiri. Dia ada wang. Dia tidak mahu menyusahkan orang ramai kerana anaknya itu, tetapi Lazim dan Raman pun berkeras juga. Mereka mahu menolong Yew Seng. Keputusan terakhir diserahkan kepada Yew Seng, dan dia memilih kaki kayu yang diserahkan oleh masyarakat Melayu dan India. Masyarakat Cina di pekan itu ikut sama kemudian. Itulah kaki kayu yang digunakan Yew Seng sekarang”.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum tidak boleh menidakkan atau menafikan hakikat sejarah permulaan persahabatan antara semua kaum sejak sebelum merdeka lagi. Tindakan mempolitikkan novel ini hanya kerana satu perkataan yang mungkin mengingatkan kaum India mengenai pengasingan status yang pernah dialami nenek moyang mereka, perlu dilihat kembali.

Novel Interlok pentas terbaik mengajar dan mengingatkan generasi Malaysia kini terhadap pahit maung nenek moyang mereka untuk menjadikan negara ini aman dan mahu silaturahim antara rakyat pelbagai kaum, kukuh.

Sesiapa yang membantah perlu membaca dulu novel ini dan melihat dengan mata hati yang tulus kerana novel ini boleh memberi keinsafan kepada generasi muda erti sebenar rakyat pelbagai kaum, bukan sebuah novel pencetus perasaan rasis yang boleh memusnahkan semangat persahabatan rakyat Malaysia yang terjalin selama ini.

Tuesday, January 11, 2011

Interlok: Kunci yang patut diguna oleh PAS

Bukan menangguk di air yang keruh tapi PAS perlu menggunakan segenap ruang yang ada untuk melebarkan pengaruh perjuangan dalam masyarakat. Pintu ke Putrajaya sedang terbuka. Perkongsian artikel daripada blog Khabar Lewat Kawat . Mohon pencerahan.



Apakah yang patut PAS lakukan (sebelum Mustafa Ali keluarkan kenyataan yang tampak terburu-buru dan Dr Mariah meluru-luru ke pra-perhimpunan membakar Interlok):-

1. Memanggil sasterawan dan budayawan yang ada dalam PAS dan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dalam satu pertemuan khas untuk mendapatkan pandangan dalam konteks Interlok sebaik saja isu ini dinyalakan. Pandangan ini boleh memberikan worldview kepada PAS terhadap isi kandungan novel, latar sejarah dan proses kreatifnya, kedudukannya sebagai karya nadir dalam konteks integrasi kaum serta pemilihannya sebagai teks KOMSAS.

Ini menimbulkan persoalan apakah PAS menyedari kewujudan tokoh penyair dan sarjana yang menggagas Teori Takmilah dalam puisi yang juga Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dan Penerima SEA Write Award yang juga bekas calon PAS, Azizi Haji Abdullah dan dramatis terkenal tanah air, Che Shamsuddin Othman alias Dinsman? Oh ya, PAS masih ingat Sasterawan Negara (SN) Shahnon Ahmad? Di Kelantan juga, ada Abdul Hadi Muhammad dan juga Setiausaha Persatuan Penulis Kelantan, Abdul Hadi Ismail yang sering tampil dalam acara berkaitan kerajaan negeri serta bekas Setiausaha Politik terlama MB, Anbakri!

2. Meminta Pusat Penyelidikan PAS menyediakan kertas kajian terhadap novel Interlok dalam konteks karya sastera dan di luar konteksnya serta hubungannya dengan sejarah, sosio-budaya dan sosio-politik masa kini. Ini boleh dijadikan kertas panduan yang dapat membuka pandangan masyarakat terhadap kedudukan sebenar novel Interlok.

Ini juga menimbulkan persoalan apakah PAS sudah mewujudkan Lajnah Kebudayaan yang berfungsi memantau dan melihat isu-isu penting yang berlaku dalam soal bahasa, seni dan budaya yang sudah sekian lama diperjuangkan oleh beberapa seniman yang simpatik dan akrab dengan PAS. Juga memercikkan persoalan apakah jasa seniman seperti penyair dan pengarang itu hanya untuk membacakan puisi anti-BN atau dalam tempoh pilihan raya saja?

3. Melihat isu kasta yang diheboh-hebohkan dengan kaca mata Islam - iaitu keadilan sosial yang dikemukakan Islam. Setakat ini saya tidak membaca sebarang kenyataan daripada pemimpin PAS yang teringat betapa keadilan Islam yang tidak membeza-bezakan kasta, selain daripada kenyataan sensitiviti kaum. Apakah yang lebih besar diperkatakan - keadilan Islam atau sensitiviti pengundi? Sepatutnya, PAS sebagai jamaah Islam mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan tasawur Islam terhadap keadilan sosial, selain sebagai sebuah parti yang mementingkan keuntungan pilihan raya.

4. Memanfaatkan kewujudan Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk membuat perbincangan dan pertemuan seawal mungkin dengan masyarakat India sehingga tidak perlu sampai seorang Ahli Parlimen terpaksa bergegas ke perhimpunan tidak puas hati dengan harapan dapat menyejukkan keadaan yang nampaknya gagal kerana kehadirannya tidak dapat menghalang hal itu daripada berlaku.

Semua point yang saya tulis ini sebenarnya menjurus kepada satu persoalan besar - apakah dasar PAS terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pemersatu dan bahasa ilmu; dasar PAS terhadap kebudayaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang terangkum di dalamnya hal-hal yang berkait dengan budaya masyarakat majmuk dan kesenian dalam konteks Islam serta dasar PAS terhadap hal persuratan dan kesusasteraan yang berperanan dalam membina kemanusiaan umat di negara ini.


Credit to :Nazmi

Monday, January 10, 2011

Pahlawan Gaza - Saujana



Bumi ini dahulunya indah kini musnah dan binasa
Saban hari dimamah senjata membunuh anak watannya
Tiada lagi nada keriangan menghiburkan hati luka
Hanya wajah penuh pengharapan bernafas bersama doa

Membara di jiwa anak kecil pewaris para syuhada'
Cita-cita ingin bebas dari sangkar duri sang durjana
Semangat jihad terus menyala tersemat utuh di dada
Demi Allah pertahankan bumi penuh barakah

Dengarlah alunan irama
Derap perjuangan ini
Percikan rasa peduli insani
Biar dipisahkan jarak beribu
Tetap bersama dan berganding bahu

Pahlawan Gaza
Tak gentar tak berhenti
Berjuang hingga mati
Demi janji Ilahi
Bumi Gaza akan terus merdeka

Lagu: Frizdan
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya

Download Link
http://www.mediafire.com/?12xt83s35xqo9e2

Credit to: segelasairmasak

Nasihat Untuk Protaz - Berhati-Hati dalam Memahami Khilaf Ilmuan Silam

Pasti akan ada dalam kalangan penyokong protaz yang tidak suka penulisan sebegini. Pasti akan ada yang mempertikaikan golongan 'ustaz' pula. Itu boleh diterima - asalkan kita bersama ingin mengubah diri ke arah yang lebih baik. Bagi artikel ini, fokusnya ialah pada golongan protaz, maka jangan timbulkan persoalan kenapa pula tidak dikritik golongan 'ustaz'? Saudara boleh menulis tentang kritikan terhadap 'ustaz' dan pastikan ia tepat dan jelas. Saya mengucapkan jazakallah di atas tulisan ilmiah yang membina. Berbalik kepada tajuk artikel ini...

Kritikan saya (seperti mana beberapa kritikan yang tidak seberapa dalam tulisan lalu) adalah berniat untuk mengubah persepsi protaz yang giat menulis dan memberikan sumbangan ilmu agar memperbaiki kemampuan diri seikhlas mungkin dan juga berhati-hati dalam menghasilkan penulisan akan datang. Maka jangan diubah pula niat artikel ini kononnya - menafikan sumbangan protaz atau menghalang mereka berdakwah.

Dua kata kunci - Pertama, perbaiki kemampuan diri, tingkatkan ilmu dan luaskan pembacaan. Kedua, berhati-hatilah malah gandakan sifat berhati-hati itu dalam menghasilkan penulisan tentang agama.

Saya bersyukur kerana sering diingatkan oleh para ulama (semasa menuntut di Timur Tengah) tentang sukarnya memahami kaedah dan bagaimana sesuatu fatwa dikeluarkan oleh para ilmuan agung Islam seperti para imam mazhab dan ulama lain yang terdahulu. Sangka kita ia mudah, rupanya ia amat sukar dan amat sulit.

Apa yang ingin saya jelaskan dalam artikel ringkas ini adalah -

terdapat protaz yang menulis dalam aspek-aspek yang bersangkut paut dengan perbezaan pandangan ilmuan Islam silam, terutama para ilmuan dalam mazhab-mazhab fiqh terkemuka, juga perbezaan pandangan dalam kalangan sahabat, tabiin dan golongan selepas mereka. Mereka menulis dengan kaedah yang hampir sama iaitu:
  • membentangkan sesuatu persoalan fiqh dan yang berkaitan dengan mengumpulkan pendapat-pendapat ulama terkemuka yang pelbagai.
  • menjelaskan sebab-sebab berlakunya perbezaan di antara ilmuan dan ulama fiqh.
  • mengkaji sebab dan hujah para ilmuan dan ulama tersebut.
  • memilih pendapat terbaik mengikut Al-Quran dan hadith.

Kebiasaannya beginilah bentuk penulisan yang kita temui. Mungkin persoalannya tidak berkaitan dengan fiqh secara langsung, mungkin ia berkaitan tafsir, hadith dan sebagainya tetapi ia ditulis dan dibentangkan dalam kaedah yang hampir sama seperti di atas.

Para protaz yang menulis perlu ingat di sini bahawa saya tidak memilih untuk menggunakan ungkapan popular (yang terkadang ada betulnya) iaitu - siapa protaz dan apa kelayakannya untuk menulis dalam bidang agama? Hujah itu pada saya hanya membangkitkan pertelingkahan walaupun ada benarnya dari beberapa sudut. Apa yang ingin saya sebutkan ialah berdasarkan contoh-contoh yang saya temui dari penulisan sebahagian protaz itu sendiri. Kesilapan-kesilapan yang terbukti dilakukan oleh mereka memberikan gambaran tentang kewajipan mereka untuk memperbetulkan apa yang perlu. Nasihat saya adalah seperti berikut:

Nasihat yang saya ingin sebutkan di sini ialah - Berhati-hatilah dalam setiap langkah (memahami perbezaan pandangan ulama) yang disebutkan di atas tadi.

1-Berhati-hatilah dalam membentangkan pendapat para ulama - terkadang ada protaz yang begitu mudah membentangkan khilaf/perbezaan pendapat sedangkan ia tidak menukilkan semuanya itu dari sumber asal, hanya mengambil dari sumber kedua, ketiga dan hanya melihat buku-buku tersebut dalam bentuk terjemahan. Di sini ada protaz yang mempertahankan tindakan ini kerana baginya sumber terjemahan sama sahaja dengan sumber asal, sumber kedua sama sahaja dengan sumber asal atau pertama. Adakah begitu wahai saudaraku? Bagi mereka yang membuat perbandingan (dan saya menyeru sahabat-sahabat protaz membuat perbandingan sendiri untuk tahu) pasti akan ditemui perbezaan yang amat ketara antara sumber utama dan sumber kedua atau ketiga. Pasti juga akan ditemui perbezaan antara sumber asal dan terjemahan. Bagi yang tidak membuat perbandingan malah membuat 'andaian', pasti sama sahaja contoh berikut:

a-Kata-kata al-Nawawi dalam al-Majmu' (jilid, muka surat) (edisi asal)
b-Kata-kata  al-Nawawi dalam al-Majmu' (jilid, muka surat) seperti dinukilkan oleh Syeikh ....(ulama moden) dalam bukunya...(edisi asal bahasa Arab)
c-Kata-kata al-Nawawi dalam al-Majmu' (jilid, muka surat) seperti dinukilkan oleh Syeikh....(ulama moden) dalam bukunya (edisi terjemahan)

Apa pandangan saudara? Sama sahaja? Atau di sana ada kemungkinan (walaupun kecil) terdapat maklumat yang berubah?

2-Berhati-hatilah ketika menjelaskan sebab perbezaan pandangan. Saya pernah bertemu dengan satu penulisan yang menyenaraikan perbezaan empat mazhab Islam berkaitan satu permasalahan berkaitan ibadah. Maka disenaraikanlah pandangan-pandangan itu (yang hanya diambil dari sumber kedua dan terjemahan) lalu disenaraikan pula MENGAPA setiap mazhab itu berpandangan sedemikian. Bila diteliti dan saya bandingkan dengan sumber asal dan sumber lebih utama, didapati bahawa penulis telah tersalah dalam menyenaraikan MENGAPA berlakunya perbezaan pendapat. Saya tidak hairan kerana mungkin penulis hanya menyalin daripada sumber terjemahan yang beliau gunakan dan di situlah punca kesilapan tadi. Inilah yang saya maksudkan pada perkara no.1 di atas iaitu kemungkinan-kemungkinan berlakunya kesilapan kerana tidak mampu menggunakan sumber utama. Ada yang sanggup menyatakan bahawa Imam mazhab silam tersilap mengeluarkan hukum kerana mereka tidak jumpa hadith tertentu, atau menyalahi kaedah Bahasa Arab...sampai begitu sekali hebatnya kita memahami sebab dan bagaimana ulama mengeluarkan pandangan, rupa-rupanya bukan begitu hakikatnya.

3-Berhati-hatilah dalam mengkaji hujah-hujah yang dibawa oleh para ulama terutamanya ulama silam. Telah kita ketahui biodata dan keilmuan mereka yang hebat, mengapa begitu mudah mengkaji hujah mereka dengan hanya menggunakan pandangan ulama moden yang ringkas bahkan terlalu mudah membuat kesimpulan? Sebagai contoh mudah, kita lihat sebahagian protaz menyebut bahawa pandangan mazhab A adalah berdasarkan sebuah hadith, lalu hadith itu dinilai dhaif oleh mereka dengan hanya hujah mudah - 'didhaifkan oleh al-Albani' atau 'didhaifkan oleh Syuaib al-Arnaout' dan sebagainya. Persoalan paling awal ialah - adakah imam mazhab itu tidak tahu hadith itu dhaif? Persoalan kedua - siapa pula yang mengatakan bahawa kalau hadith itu dhaif langsung tidak boleh digunakan dalam persoalan fiqh? Persoalan ketiga - adakah benar hadith itu dhaif di kalangan ulama hadith silam dan ulama hadith lain, atau mungkin ia sebenarnya sahih?

4-Berhati-hatilah dalam memilih pendapat terbaik (atau rajih/proses tarjih) kerana pada hakikatnya, sebahagian protaz hanya menukilkan pandangan ulama tertentu. Bermakna itu bukanlah semestinya pendapat terbaik. Itu mungkin hanya:

- Pendapat terbaik pada tanggapan protaz itu sendiri.
- Pendapat yang sempat ditemui oleh pencarian yang tidak meluas.
- Pendapat penterjemah.
- Pendapat oleh ulama tertentu atau aliran tertentu (seperti salafi) yang diminati protaz.
- Pendapat yang disalah fahami oleh protaz.


dan pelbagai lagi kemungkinan lain.

*Ingatlah, ilmu fiqh dirasai ibarat lautan luas bagi mereka yang mengambil pengkhususan fiqh sendiri. Malah ia dirasakan begitu sukar oleh mereka yang bertahun-tahun mempelajari fiqh dengan cara tradisi dan cara moden di pusat pengajian. Tetapi ia kelihatan begitu mudah di hujung jari sebahagian protaz....

Adakah itu ilmu fiqh sebenar?

- Saya akhiri dengan kata-kata: Saya menulis untuk protaz menyedari kelemahan dan memperbaikinya, berhati-hati dalam penulisan dan tidak gopoh...bukannya saya menulis untuk 'menafikan sumbangan' atau 'menyeru protaz menggantung pena masing-masing'. Tulislah, tetapi pastikan kemampuan dan pastikan sumbernya benar-benar asli dan tepat. 

Sunday, January 9, 2011

Wanted Muslim Dead OR Alive










We Will Not Go Down - Michael Heart

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Saturday, January 8, 2011

Apabila Sejarah Dibaca dengan NaFsu

Biarkan sejarah bertutur dengan bahasanya. Sejarah tidak pernah menipu jadi jangan diugah bahasanya. Bahasa sejarah adalah fakta yang dilakonkan oleh watak yang semestinya mempunyai perwatakan seterusnya mengisi plot cerita berlatarkan tempat dan masa yang mungkin berbeza. Sejarah tidak pernah silap untuk merakam kerana kita juga adalah sebahagian ‘mangsa’ sejarah. Dan jangan lupa kepada pencatat sejarah di sebelah kanan dan kiri kita yang menulis setiap detik amal sejarah kita untuk dibentang kelak di hadapan Hakim Yang Maha Agong.

Sekarang hangat isu novel interlok karya SN Abdullah Hussain yang kononnya menyentuh sensitiviti kaum tertentu. Kenapa perkara ini berlaku? Yang anehnya lagi kenapa ia ditimbulkan kini sedangkan teks atau novel berkenaan sudah wujud lebih 20 tahun. Apakah 20 tahun lalu perkataan atau kandungan teks dalam novel berkenaan tidak salah, boleh diterima. Maafkan saya. Jika saya mengatakan kaum India dan Cina asalnya adalah pendatang adakah ia salah daripada sudut sejarah.

Yang menjadi masalah ialah apabila kita cuba mentafsir sejarah mengikut kaca mata nafsu.Perkara ini menjadi sensitif bukan kerana kita buta sejarah tetapi sudah menjadi darah daging pembentukan negara bangsa kita selamanya masih berasaskan perkauman. Kalau tidak percaya tengoklah acuan politik parti-parti di Malaysia. Rata-ratanya berasaskan kaum.

Perlu diketahui Interlok merupakan sebuah karya sastera yang lahir dari kreativiti dan imaginasi pengkarya dan bukannya buku sejarah yang bersumberkan fakta. Dan dalam pembelajaran Komsas ini, pelajar akan diajar nilai-nilai murni dan nilai tak murni dalam novel itu. Dari situ pelajar akan tahu apa yang baik dan tidak baik di kalangan kaum mereka sendiri.

Pengkaji sastera, Dr Mohd Hanafi Ibrahim, berkata keistimewaan Interlok adalah kerana ia mengisahkan bangsa Melayu, Cina dan India yang dibina secara terpisah dan diceritakan dalam bentuk mozaik, tetapi menjurus kepada pertemuan penyatuan bangsa seperti dalam bab akhir.

“Plot Interlok dibina dengan jurang perbezaan bangsa yang luas berbentuk fragmen sehingga ia boleh dianggap sebagai mozaik budaya, tetapi jurang berkenaan dikecilkan lalu berjaya memperlihatkan persefahaman bangsa.

Interlok sebenarnya sebahagian fragmen penting sejarah negara ini dari zaman penjajahan Jepun, darurat, Malayan Union dan akhirnya kemerdekaan dengan setiap bangsa menyumbang kepada pembinaan negara dan terbabit dalam sistem ekonomi.

“Lihat saja watak daripada Keluarga Maniam yang asalnya buruh, tetapi akhirnya anak mereka, Maniam berkhidmat sebagai inspektor polis, manakala Keluarga Chin Huat dengan bapa yang bersifat kapitalis, tetapi anaknya mempunyai sifat baik hati,” katanya.

Pandangan Dr Mohd Hanafi terhadap Interlok dikongsi Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Mohamed Saleeh Rahamad, yang menegaskan Interlok berada di pasaran sejak awal kemerdekaan tanpa sebarang krisis perkauman atau implikasi buruk.

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Mohd Khair Ngadiron, berkata kajian mendalam dan teliti perlu dilakukan, sekiranya wujud dakwaan membabitkan isu sensitif ,tetapi sebarang kritikan mesti bukan diada-adakan atau bersifat andaian.

Interlok boleh dianggap karya nadir dalam sastera Melayu yang membincangkan isu pelbagai kaum dengan natijah akhirnya membawa kepada penyatuan bangsa yang berjaya digarap dengan baik oleh Abdullah.

‘Saya tidak bersifat perkauman’
SASTERAWAN Negara (SN), Datuk Abdullah Hussain, menafikan novelnya Interlok yang didakwa menghina bangsa Melayu dan India atau agama mereka seperti didakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah yang juga Pengerusi Biro Pengaduan Awam. 

“Bagaimanapun, apabila mereka menetap dan berkeluarga di sini, mereka sudah melupakan niat itu sehingga anak mereka menganggap masyarakat Melayu sebagai rakan mereka,” katanya.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Surah Al Hujurat:13.

Manifestasi perpaduan ummah sudah terang di hadapan kita. Inilah formulanya.
 

Friday, January 7, 2011

Life is About Communicating Our Feelings

A fervent Buddhist lady made every effort to love others. But every time she went to the market, a merchant made indecent proposals to her.

One rainy morning, when the man bothered her once again, she lost control and hit him on the face with her umbrella.

That same afternoon, she sought out a monk and told him what had happened.
“I am ashamed,” she said. “I couldn’t control my hate.”

“You did wrong to hate him,” answered the monk. ” But life is about communicating our feelings to each other – and you need to understand that people are different”.

“The next time he says something, fill your heart with goodness.

“And hit him again with your umbrella, because that’s the only language he knows.”

Source: Paulo Coelho's blog

Thursday, January 6, 2011

Mimpi Semalam


Mimpi semalam masih segar
aduh, terlalu indah untuk dikenang
neurotransmiter terus bersimpang siur
membawa jauh fikiran melayang.

Kisah semalam terlalu indah
tiada kata-kata yang setanding
tiba-tiba sakit menerjah
aduh, pedihnya bukan kepalang.

Aku di mana kawan?
tolong-tolong
aku kembali meraung bantuan
Ah, semacam mahu terpekik melolong.

Hai manusia
kau seru siapa?
siapa kau wahai suara?
akulah temanmu ha ha.

Bukan, aku bermimpi
duniaku terlalu indah
penuh dengan warna-warna pelangi
tiada resah dan gelisah.

Aduhai kasihan dirimu wahai manusia
sebenarnya itulah mimpimu
kau tertipu dengan ilusi yang penuh aurora
kembali wahai diri, inilah duniamu
aku kelu.

    Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

 ~ mzFaTih ~
 ` Hujan Senja 06012011`

Gembira Dengan TAUBAT

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi). aZ Zumar (53-54)

Apabila berbicara soal taubat, mungkin yang terlintas di hati kita hanyalah daripada dosa-dosa besar. Jarang sekali terdetik di hati kita yang dosa kecil itu boleh membesar dan mungkin bahana azabnya lebih parah Kita hanyalah manusia biasa yang pasti dan pasti akan melakukan kesilapan yang membekas dosa. Bumi mana yang tidak di timpa hujan. Nabi yang dijamin terpelihara daripada dosa pun sentiasa bertaubat.  Siapalah kita.

Taubat tidak semestinya apabila melakukan dosa besar. Justeru, kita dituntut bertaubat setiap detik dan ketika. Hanya semudah melafaz Astagfirullah. Ya Allah ampunkan dosaku. Ya semudah itu. Mungkin kita rasa sukar kerana syaitan menjadi penghasut yang memunahkan rasa tenang dan positif dalam diri untuk kita bertaubat. Allah terima ke taubat aku? Sepatutnya kita gembira apabila telah bertaubat. Gembira kerana kita berjaya  mensucikan diri daripada kotoran najis yang melekat pada jiwa kita. Tidakkah kita rasa bertuah. Kenapa mahu berduka selepas bertaubat.

Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu 
(As Syams:9)


Pelik Tapi Benar

Seingat saya tidak pernah dalam sejarah hidup menyaksikan mahkamah koroner mengembalikan satu keputusan seperti ini. Dalam kes mendiang Teoh Beng Hock yang dijumpai mati di kaki Bangunan Masalam, Shah Alam 16 Julai tahun lalu, mahkamah yang bersidang memutuskan “Teoh tidak membunuh diri atau dibunuh”!

Kalau keputusannya Teoh membunuh diri maka ketahuilah kita yang Teoh telah terjun dari tingkat 5 Pejabat SPRM secara sukarela. Kalau keputusannya Teoh dibunuh maka ketahuilah kita yang ada sesesorang atau sekumpulan orang yang telah menolaknya jatuh dari tingkat 5. Masalahnya di sini kata koroner – membunuh pun tidak, bunuh diri pun tidak. Bermakna Teoh mati entah tidak diketahui kerana apa??!!

Ini bukan soal agama atau bangsa, bukan juga soal anutan politik. Seorang warganegara Malaysia yang bertugas di Pejabat EXCO meninggal dunia tanpa diketahui punca dan sebabnya, bayangkan jika beliau itu adalah anak atau adik atau saudara-mara kita, pasti kita akan risau dan marah. Pasti kita mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Pasti kita mahukan keadilan.
Hati kecil saya bimbang yang keputusan ini terpaksa dibuat kerana sebab-sebab tertentu. Saya berhak mengemukakan syak wasangka kerana saya pasti saya bukan keseorangan dalam hal ini.

Gelaplah Malaysia kerana keadilan telah digerhanai dengan keputusan ini.

Takziah dan simpati kepada keluarga mendiang, keadilan wajib dituntut.

Sumber: Roslan SMS Corner 

Wednesday, January 5, 2011

Mimpi Yang Indah - Mestica

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

Tuesday, January 4, 2011

A Story About a Marriage Meeting in Islam

Once there was a very handsome, pious, well educated young man, whose parents emphasized for him to get married. They had seen so many marriage proposals, and he had turned them all down. The parents thought it was becoming a little ridiculous or suspected that he may have someone else in mind.

However every time the parents left the girls house, the young man would always say “she’s not the one!” The young man only wanted a girl who was religious and practicing. (Which was hard to find). However one evening his mother arranged for him, to meet a girl, who was religious and practicing.

On that evening, the young man and girl were left to talk and ask each other question (as one would expect). The young man, being a gentleman that, he was allowed, young lady to ask first.

Young girl asked the young man so many questions. She asked about his life, his education, his friends, his family, his habits, his hobbies, his lifestyle, his enjoyment, his time pass, his experiences, his shoe size and his likes and dislikes. Basically everything!

And the young man replied to all of her questions, without tiring and politely with a smile. Young girl took up nearly all of the time, over an hour and felt bad and asked the young man do you have any questions?

Young man said, yes, only have 3 questions…

Young girl thought, wow, only 3 questions okay, go ahead and shoot.

Young man’s first question was, (1) Who do you love the most in the world, someone who’s love nothing would ever overcome? She said, this is an easy question! Answer to your question is my mother.

Young man smiled and asked second question, (2) You said that you read a lot of Qur’an, could you tell me which Surahs you know the meaning of? Hearing this she went red and embarrassed and said I do not know the meaning of any yet, but I am hoping to soon Inshallah I have just been a bit busy.

The third question the young man asked, was (3) I have been approached for my hand in marriage, by girls that are lot more prettier than you, why should I marry you? Hearing this, the young girl was outraged, she stormed off to her parents with fury and said I do not want to marry this man he is insulting my beauty and intelligence.

And the young man and his parents were once again, left without an agreement of marriage. This time, the young man’s parents were really angry and said what did you do to anger that young girl, the family was so nice and pleasant, and they were religious like you wanted. What did you ask the girl? Tell us!

Young man said, firstly I asked her, who do you love the most? She said, her mother. The parents said so, what is wrong with that?

Young man said, “no one, is Muslim, until he loves Allah (SWT) and his Messenger more than anyone else in the world.” If a woman loves Allah (SWT) and Holy Prophet Muhammad (pbuh) more than anyone, she will love me and respect me and stay faithful to me, because of that love and fear for Allah (SWT). And we can share this love, because this love is greater than lust for beauty.

Young man said, then I asked, you read a lot of Holy Qur’an, can you tell me the meaning of any Surah? And she said no. because I haven’t had time yet. So I remembered the saying of Imam Shafi’i, “All humans are dead except those who have knowledge … And all those who have knowledge are asleep, except those who do good deeds .. And those who do good are deceived, except those who are sincere … And those who are sincere are always in a state of worry (for others).”

She has lived 20 years on this earth and not found any time, to seek knowledge, why would I marry a woman, who does not know her rights and responsibilities and what will she teach my children, except how to be negligent, because the woman is the Madrasah (school) and the best of teachers. And a woman, who has no time for Allah (SWT), will not have time for her husband.

The third question I asked her was, that a lot of girls, more prettier than her, had approached me for marriage, why should I choose her? That is why she stormed off, getting angry.

Young man’s parents said that is a horrible thing to say, why would you do such a thing; we are going back there to apologize. Young man said I said this on purpose, to test whether she could control her anger.

Holy Prophet Muhammad(pbuh) said “Do not get angry, do not get angry, do not get angry” repeatedly when asked how to become pious, because anger is from Satan.

So, the moral of this story is, a marriage is based on: Knowledge not looks, Practice not preaching, Forgiveness not anger, Spiritual love not lust and compromise!

One should look for a person who (1) Has love for Allah (SWT) and his Messenger (2) Has knowledge of the deen (religion), and can act upon it (3) can control her anger and another important and crucial factor that she be (4) willing to compromise.

And it goes both ways, so women seeking a man, should look for the same things.

May Allah (SWT) make every marriage a success and let us create Love for Allah and his Messenger so that Allah (SWT) can bless us, and create love in our lives.There is no better structure founded in Islam other than marriage.

source:http://segelasairmasak.tumblr.com/post/2593372321/a-story-about-a-marriage-meeting-in-islam

Total Pageviews

free counters
Powered By Blogger