Alhamdulillah setelah lama 'membiarkan' blog PuTih-FiTrah kesepian, aku masih diberi peluang untuk membahagiakannya semula. Tema tahun ini adalah kasih sayang jadi istilah pun kena la romantik. Cewah. Mungkin bukan salah facebook tapi peranannya begitu besar memujuk minda dan perasaan aku daripada menulis. Cukup dengan beberapa kerat ayat atau 'kata-kata mustajab' maka sudah boleh dipost dalam wajahkitab. Bisanya lebih menyengat berbanding menulis blog. Lama kelamaan idea untuk menggoreng ayat semakin tumpul, maka jadilah blogku tidak bertuan untuk sekian waktu.
Tahun 2010 baru sahaja melabuhkan tirai, mengundang tetamu serba baru 2011. Sekali lagi terima kasih Ya Allah aku masih lagi diberikan nikmat Islam dan tuliskan namaku Ya Allah di Luh Mahfuz sebagai hambaMu yang mati dalam Islam dan keimanan dalam perjalanan masa ciptaanMu ini. Walaupun hakikatnya saat ini dan seterusnya telah tertulis dan waktu telah berakhir dalam pandanganNya.
Sesuai dengan tahun baru, aku telah menukar template blog PuTih FiTrah dengan impian aku yang mungkin tercapai atau tidak. Dia lebih mengetahui. Ramai yang tidak tahu bahawa cita-cita aku sejak kecil adalah menjadi saintis.Huhu. Apabila bercerita tentang cita-cita aku banyak berahsia. Im a bit hypocrite. Tetapi setelah 4 tahun berada di landasan yang tepat sebagai pelajar jurusan bioteknologi, mungkin aku terpaksa menukar bidang kerjaya. Kegagalan semalam banyak mencorak keputusan hari ini dan aku perlukan lebih banyak warna untuk mencorak hari esok. Hujan semalam perlu bertukar menjadi pelangi.Terlalu pahit untuk dikenang 4 tahun yang berlalu. Semua ini telah tertulis. Maktub. Terima kasih Ya Allah untuk pengajaran ini.
Semoga tahun baru 2011 menjanjikan 1001 kejutan yang pastinya memerlukan 2010 usaha dan pencerahan mencari potensi diri sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini. Taklifan hamba ini terlalu berat kerana hamba perlu berfungsi dan berperanan mengikut manual dan protokol yang sudah terlulis dan tersedia oleh Pereka Alam ini. Manual itu sudah jelas tanpa bantahan apatah lagi cadangan yang bernas. Tugas hamba hanya patuh dan taat. Mudahkan tapi bukan senang. Selamat belayar semua dan untuk selamat patuh arahan Nakhoda anda Yang Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. Mudah-mudahan kita semua selamat berlabuh di pelabuhan akhirat. Perlu diingatkan juga jangan bawa turun barang-barang larangan. Jabatan KASTAM akan menghisab anda sebelum dapat bersantai di kediaman abadi sama ada syurga atau neraka. Moga tahun ini kita memilih SYURGA. Amin.
No comments:
Post a Comment