Maktub,
sudah tertulis
bahawa itulah janji Tuhanmu
pelayaran engkau begitu persis
bukankah sepatutnya haluanmu jitu
nun ke syurga yang satu.
Maktub,
aku malu sendiri
dengan dosa yang mengguris hitam
pekat dan kelam di hati
jangan kau salahkan malam
bukan juga diari
selamanya ia pilihanmu sendiri.
Maktub,
ajal,jodoh dan rezekimu
sudah tercatat kemas
di Luh Mahfuz
selamanya kau bisa berusaha dan berdoa
kerna itulah janji yang dilafaz
hanya musyrik ya hanya mereka
yang berputus asa.
Maktub
ku genggam tekad
menggalas janji baiah yang dilafaz
sejak roh bersatu dengan jasad
Kaulah Tuhanku
yang Maha Esa dan hanya satu
Maktub
buat yang mengerti
jika janji itu sudah pasti
aku pasrah menanti
terima kasih ya Rabbi
syukur padaMU.
~ mzFaTih ~
`Dhuha 04012011`
![]() | Anak Saudara Isteri: Adakah Harus Bersalaman Dengannya? 0 Comments - 16 Feb 2011 Soalan; Salam, seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita...apakah hukum bersalaman dengan anak saudara isterinya yang sudah baligh (perempuan) adakah dibolehkan dan kenapa? begitulah sebaliknya bagi pihak perempuan pula (isteri).syukran
Jawapan;
Anak saudara isteri tidak termasuk dalam senarai mahram muabbad (yakni... More Link |
![]() | Akses Fikrah: Antara Artikel Yang Mengundang Air Mata 0 Comments - 12 Feb 2011 Perkongsian artikel daripada weblog Ustaz Hasrizal Musuh Allah Berijazah Syariah
“Bagus tulisan ini. Bangun, siapa yang menulisnya!”, kata Dr. Mustafa Abu Zaid. Sahabat saya, Khair (bukan nama sebenar) bangun tersipu-sipu. Hampir 300 biji mata yang lain tertumpu kepadanya.
“Kamu pelajar tahun dua ya?”, tanya beliau kepada anak muridnya yang seoran... More Link |
No comments:
Post a Comment