Anak Saudara Isteri: Adakah Harus Bersalaman Dengannya?
0 Comments - 16 Feb 2011
Soalan; Salam,  seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita...apakah hukum bersalaman dengan anak saudara isterinya yang sudah baligh (perempuan) adakah dibolehkan dan kenapa? begitulah sebaliknya bagi pihak perempuan pula (isteri).syukran Jawapan; Anak saudara isteri tidak termasuk dalam senarai mahram muabbad (yakni...

More Link
Akses Fikrah: Antara Artikel Yang Mengundang Air Mata
0 Comments - 12 Feb 2011
Perkongsian artikel daripada weblog Ustaz Hasrizal Musuh Allah Berijazah Syariah “Bagus tulisan ini. Bangun, siapa yang menulisnya!”, kata Dr. Mustafa Abu Zaid. Sahabat saya, Khair (bukan nama sebenar) bangun tersipu-sipu. Hampir 300 biji mata yang lain tertumpu kepadanya. “Kamu pelajar tahun dua ya?”, tanya beliau kepada anak muridnya yang seoran...

More Link

Saturday, January 22, 2011

Sunnah Tadarruj : Kemelut Arak di Selangor

“Sunnah tadarruj” atau diterjemah sebagai “bertahap-tahap”. Tadarruj ini, ia berlaku dalam bentuk perlaksanaan sesuatu hukum [arab : tanfiz], tetapi tidak berlaku dalam perkara pensyariatan [arab : tasyrik]. Ini kerana, syariat itu telah sempurna selepas pemutusan wahyu dan kewafatan Nabi SAW.

Firman Allah;

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Maksudnya;
“pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”

[Al-Maidah : 3]

Bukan bermaksud “tadarruj” dengan semata-mata melengah-lengahkan perlaksanaan sesuatu kandungan syariat, tetapi ia hendaklah mempunyai; [1] perancangan yang mempunyai jangka masa. [2] Perancangan yang mempunyi penyelidikan, dan [3] Mempunyai plan dalam menentukan tahap- tahap, sehingga perlaksaaan islam secara syumul terbukti berjaya.

“sunnah tadarruj” ini, bukanlah satu perkara yang disifatkan sebagai rekaan semata-mata, sebaliknya ia mempunyai sandaran. Iaitu, dilihat penurunan Al-Quran itu sendiri bertahap-tahap, disamping melihat kepada marhalah dakwah nabi SAW yang bertahap-tahap. Di Marhalah Makkiyyah, ia memakan masa selama 13 tahun di Makkah, sehingga ia digelar sebagai Marhalah tarbiyyah dan pengukuhan.

Amalan ini juga, dilakukan oleh seorang khalifah islam yang adil, iaitu Umar bin Abdul Aziz. Ketika anak beliau bernama Abdul Malik bertanya kepadanya, tentang banyak perkara yang beliau tidak laksanakan dikala sudah berkuasa, Umar bin Abdul Aziz menjawab;

لا تعجل يا بني , فإن الله ذم الخمر فى القرءان مرتين و حرمها في الثالثة , و إني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة فيدعوه جملة , ويكون من ذا فتنة

Maksudnya;
“Jangan kamu gopoh wahai anakku, Sesungguhnya Allah cela arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali dan mengharamkannya pada kali ketiga. Sesungguhnya Aku bimbang melaksanakan kebenaran terhadap manusia secara total, lalu mereka menolaknya secara total. Sudah pasti, ia merupakan fitnah” [ Al-Muwafaqat : 2/148]
sumber: fath-az-zarai-dalam-menyelesai-isu

No comments:

Post a Comment


Total Pageviews

39970
free counters
Powered By Blogger